skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm
Korea Guide

10 Tips Travel di Korea

1. Sentiasa bawa air mineral kemana sahaja.

Tahukah anda semua tandas di Korea tidak mempunyai paip?. Mereka hanya menggunakan tisu di tandas berbeza dengan kita di Malaysia yang sudah menjadi rutin menggunakan air. Malah Air mineral ini sangat berguna untuk berwudhu ketika travel. Di Korea bilangan surau sangat terhad. Jadi eloklah bersedia dengan bekalan air untuk berwudhu bersama anda.

Korea_HITEJINRO_Beverage_Natural_Mineral_Water_Seoksu

2. Dapatkan internet mudah alih.

Ramai sedia maklum bahawa di Korea akses kepada internet sangatlah mudah. Walaupun ada yang mengatakan anda boleh mandapat wifi percuma di mana-mana sahaja, ia tidak tepat. Tidak semua tempat anda boleh mendapat akses kepada internet wifi percuma. Oleh itu, seeloknya anda sewa internet mudah alih atau “internet egg”. Internet egg ini boleh disewa di airport di kaunter syarikat telco Korea seperti ‘Olleh’ dengan bayaran 6000~8000 won sehari. Selain itu, anda boleh dapatkan kad internet untuk sehari di convenient store seperti 7 Eleven dan C&U Mart dengan harga dalam lingkungan 5000won. Akses kepada internet sangat penting semasa travel lebih-lebih lagi jika berlaku kecemasan, jadi eloklah belanja sedikit untuk menjamin keselesaan perjalanan anda.

1351052547-1279959740

3. Cari Penginapan berdekatan dengan Kawasan kedai Halal.

Oleh kerana mencari yang halal itu satu kewajipan, seeloknya ketika merancang perjalanan anda di Korea, pilihlah tempat penginpan yang berdekatan dengan kedai menjual makanan halal seperti kawasan berdekatan Itaewon. Kawasan Itaewon juga terletaknya masjid terbesar di Seoul. Kawasan ini penuh dengan restoran-restoran yang menyajikan makanan halal.

32462_620x

4. Jangan berdiri di Tengah antara dua Pintu ketika menaiki subway.

Kalau travel ke Korea, anda pasti akan banyak menggunakan subway. Anda perlu elakkan untuk berdiri di tengah-tengah antara dua pintu subway terutama ketika waktu puncak. Anda akan ditolak dan dilanggar sesuka hati oleh orang Korea yang keluar masuk. Kerana budaya Korea yang suka bergerak pantas dan mengejar masa, mereka tiada masa nak berhemah minta laluan untuk keluar masuk subway.

subway-the-grand-narrative

5. Pakai kasut sukan yang ringan dan selesa.

Anda akan banyak berjalan. Ya, anda akan banyak berjalan, bercinta dengan tangga turun naik subway station. Oleh itu, elakkan menggunakan kasut tumit 7 inci semasa travel di Korea. Kalau anda nak tahu, di Korea lelaki dan wanita, tua dan muda ramai yang memakai kasut sukan sahaja hampir setiap hari. Hal ini kerana mereka kuat berjalan. Kasut sukan adalah kasut yang terbaik untuk keselesaan kaki anda.

Shirt-with-running-shoes

6. Berdiri di sebelah kanan escalator

Korea negara yang sangat bersistem. Ketika berjalan walau di mana sahaja, anda perlu rapat ke sisi kanan, manakala orang yang ingin ke arah berlawanan akan rapat ke kiri. Kebiasaannya di tempat yang sibuk, akan ada garisan tengah di lantai yang memisahkan arah perjalanan orang ramai. Ketika menaiki escalator pula, jika anda ingin berhenti berdiri anda perlu berdiri di sebelah kanan. Di sebelah kiri untuk orang yang ingin terus berjalan walaupun di atas escalator.

escalator-300x169

7. Jangan Ambil Teksi Hitam

Jarang sekali kita dengar orang bercakap tentang perkara ini kan?. Baiklah, sebenarnya anda boleh mengambil teksi hitam, tetapi mereka lebih mahal daripada teksi biasa. Mengapa? Kononnya mereka diberikan teksi hitam jika mereka memandu sepuluh tahun tanpa kemalangan. Jadi, jika anda ok dengan membayar tambang lebih dipersilakan.

20210635

8. Jangan tukar duit anda di airport

Jika anda ada bawa duit untuk dibelanjakan di Korea, seeloknya jangan tukarkan semuanya di airport. Kebiasaannya airport akan mengenakan charge yang lebih tinggi berbanding dengan money changer yang biasa. Jangan risau, anda boleh jumpa money changer di tempat-tempat tumpuan pelancong. Atau kalau boleh tukar terus di bank juga adalah pilihan yang baik.

money-changer-in-namdaemun

9. Cetak/print Alamat semua destinasi serta Perhentian Subway dalam bahasa Korea.

Ketika melancong anda mungkin akan tersesat. Ramai orang Korea bersedia untuk membantu tetapi tidak ramai yang boleh bertutur dalam  bahasa Inggeris. Untuk mengatasi halangan bahasa ini, saya cadangkan mencetak alamat semua tempat dalam jadual anda dalam bahasa Korea. Dengan cara ini anda hanya boleh menunjukkan kepada orang apabila anda sesat. Cara ini juga adalah cara yang sangat bagus sekiranya anda ingin menaiki teksi. Anda hanya perlu menunjukkan alamat yang telah siap dicetak. Anda boleh elakkan situasi janggal dan salah faham.

print_note

10. Bawa power adapter yang sesuai

Soket elektrik di Korea Selatan adalah bulat dan plug biasanya Jenis C atau F. Pastikan anda membawa power adapter yang betul untuk peranti anda. voltan elektrik adalah 220 / 230V.

poweroutlet (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top