Menu
Dongdaemun Market 30179

7 Tempat Beli-belah Terbaik di Seoul

1. Garosugil (가로수길) 

Jika anda mahu mencari pakaian-pakaian yang  mengikut trend fesyen terkini daripada pereka fesyen global dan tempatan, anda boleh cuba datang ke Garosugil. D i sini, ada pilihan pakaian yang mahal-mahal dan yang sederhana. Jangan lupa bawa duit secukupnya sebelum ke sini!

Bagaimana untuk Pergi ke Garosugil: Sinsa Station (신사 역) – Line 3, keluar exit 8 (10 minit berjalan kaki)

Garosugil07

 

2. Apgujeong (압구정)

Anda perlu datang ke sini jika anda peminat Chanel dan Luis Vuitton. Tetapi, jika Channel dan LV  terlalu mahal bagi anda, Jangan risau terdapat banyak lagi pilihan membeli-belah yang lebih mampu milik.

Bagaimana untuk Pergi ke Apgujeong: Apgujeong Station (압구정역 ) – Line 3, keluar exit 2 (15 minit berjalan kaki)

rodeo-2
3. Myeongdong (명동)

Boleh katakan myeongdong merupakan tarikan membeli-belah nombor 1 bagi pelancong di Seoul. Myeongdong merupakan ‘syurga membeli-belah’. Dengan  jenama seperti Zara, H & M, Forever 21, dan Tommy Hilfiger, ini adalah tempat yang tepat untuk membeli pakaian di Seoul.Bagi mereka tertanya-tanya di mana untuk membeli cenderahati di Seoul, Myeongdong mempunyai beberapa vendor di tepi jalan yang menjual barangan yang cool dan menarik (cth stoking comel artis Kpop!).

Bagaimana untuk Pergi ke Myeongdong: Myeongdong Station (명동역) – Line 4, keluar 6 atau Euljiro-1-ga Station (Euljiro) – Line 2, keluar 6

myeongdong_at_night

 

4. Ehwa Woman’s University (이대)

Kolej Wanita Korea = tempat membeli-belah murah di Korea. DI sekitar universiti ini terdapat beratus kedai-kedai baju dan Kafe yang anda boleh jadikan tempat untuk melepak bersama kawan. Tempat ini paling istimewa kepada wanita kerana terdapat pilihan pakaian fesyen wanita terutama bagi golongan belia dengan harga yang murah!. Kawasan sekitar universiti yang sangat cantik pula  menjadikan tempat ini sebagai  pilihan pasangan kekasih menghabiskan masa bersama.

Bagaimana untuk Pergi ke Ehwa Woman’s University: Stesen Ehwa Woman’s University (이대역) – Line 2, keluar exit  2.

16[20080728113812]

20120823102447_218944_580_396

 

5. Coex Mall (코엑스)

Jika anda mencari tempat untuk membeli-belah di Seoul, anda mungkin boleh cuba pergi ke pusat membeli-belah yang paling terkenal di Korea, Coex Mall. Terdapat banyak jenama yang popular di sini, tetapi ada juga beberapa jenama Korea yang anda mungkin tidak biasa dengar. Oh ya, di sini ada juga akuarium yang sangat besar. Boleh juga untuk luangkan masa bersama anak-anak di akuarium ini melihat ikan-ikan yang jarang kita dapat lihat.
Bagaimana untuk Pergi ke COEX Mall: Stesen Samseong (삼성 역) – Line 2, keluar exit 5.

 

COEX_samseong_dong_seoul

caption

 

6. Yongsan Electronics Market (용산전자상가)

Yongsan adalah tempat di Seoul untuk pergi jika anda perlu kamera, permainan video, alat, telefon bimbit dan apa-apa lagi alat  elektronik. Vendor di sini boleh agak mendesak, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyuruh kita membeli. Namun, anda berhak menolak dan teruskan membandingkan harga. Terdapat ribuan kedai-kedai alat elektronik di sini, memerlukan sedikit kesabaran ketika membeli belah. Namun berhati-hati jangan sampai anda ditipu, kerana ada juga kes dilaporkan terdapat scammer yang menjual barangan elektronik yang rosak di sini.
Bagaimana untuk Pergi ke Yongsan Electronics Market: Yongsan Station (용산 역) – Line 1, Jungang Line, keluar exit 2 atau Stesen Sinyongsan (신용산역) – Line 4, keluar exit 5

0_4200_84_2716_two_Seoul_Yongsan_ManchulKim_74_ReT

yongsan electronics market

 

7. Dongdaemun Market (동대문시장)

Pasaran pakaian skala super besar ini menjual barangan fesyen Korea pada harga murah. Anda tidak akan menjumpai terlalu banyak jenama global atau jenama yang terkenal , tetapi terdapat ribuan jenama tempatan Korea.  Pasar dongdaemun ini dibuka sehingga lewat pagi. Anda boleh lihat kawasan ini masih meriah pada jam 3-5 pagi. Kebanyakannya membuat jual beli secara pukal. Kalau anda berminat untuk lihat sendiri, boleh cuba sekali ke sini lewat pagi.

Bagaimana untuk Pergi ke Dongdaemun Market: Stesen Dongdaemun (Dongdaemun Station) – Line 1, Line 4, keluar exit 8 atau 9.

 

7113533_201240238428829

dongdaemun-night-market-58778

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *