skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm
1efe7d355aa7cc829bb2519db6291104

8 Jenis Street Food yang Wajib Anda Makan Sekiranya Berkunjung ke Seoul

Di Korea tidak boleh dinafikan terdapat pelbagai makanan yang mampu menarik selera anda. Dari makanan tradisional ke makan fusion terdapat banyak variasi makanan yang perlu dicuba sekiranya anda menjejakkan kaki di bumi kimchi ini. Makanan makanan street food sudah tentu menjadi daya tarikan pelancong yang terutama sekali.

maxresdefault

  1. Ddeokbukki (떡볶이)

Dibuat daripada tepung beras, juadah ini dimakan bersama sosnya yang bercampur rasa pedas dan manis. Sosnya dibuat daripada campuran gochujang (pes lada korea), serbuk lada kering, ikan bilis kering, dan air rebusan makanan laut. Untuk menikmati ddeokbukki dengan cara lain, anda boleh menambahkan mee ramyun, cheese, dan telur rebus.

1efe7d355aa7cc829bb2519db6291104

2. Bung-Oh Ppang Ice Cream (아이스 크림 붕어 빵)

Aiskrim dengan pelbagai perisa yang boleh dipilih, disumbatkan kedalam mulut roti ikan emas ini serta dihiasi dengan coklat cair dan biskut batang. Roti ikan emas ini mempunyai rasa yang sama seakan akan kuih bahulu, jadi bolehlah cuba sumbatkan aiskrim ke dalam kuih bahulu untuk juadah hari raya nanti.

F-Judy-AS14-Hotteok

3. Hotteok (호떡)

Kerana kehangatannya, hotteok sangat popular pada musim sejuk. Ia dibuat daripada adunan tepung yang berintikan gula perang dan digoreng di atas lapisan minyak yang nipis. Jenis dan rupa bentuk hotteok ini berbeza mengikut negeri dan kekreatifan pembuatnya.

ISNM-cotton1-620x388

4. Somsatang (솜 사탕)

Berbeza dengan gula gula kapas yang dijual di Malaysia, gula gula kapas di sini mempunyai variasi warna serta pelbagai bentuk yang menarik disamping saiznya yang besar. Ia antara tarikan yang popular dalam kalangan kanak kanak.

1637036bab7c7672079fb2f2b1726a30

5. Odeng (오뎅) 

Bagi anda yang pernah menonton drama “Boys Over Flower”, inilah makanan yang paling digemari oleh Gu Jun Pyo. Dihidangkan bersama air rebusannya, rasanya sangat sepadan. Tapi jangan gelojoh, melecur lidah dek panasnya air rebusan ini.

tumblr_njh403F7Py1tl82efo1_1280

6. Gyeran Ppang (계란 빵)

Roti telur yang berbentuk seperti muffin ini dijual dengan harga sekitar 2000W-3000W. Berpatutan dengan harga dan saiznya, roti ini mempunyai rasa yang manis dan sangat sesuai dikenakan dengan secawan kopi panas di pagi hari.

e35e46583f1ce5bf12c114185dc21fd7

7. Ojingo Gui (오징어 구이)

Dicelup tepung dan digoreng, makanan ini merupakan kegemaran orang Korea. Ada juga sotong yang disalut mentega dan dibakar. Teksturnya yang liat dan bercampur rasa manis dan bau mentega, semestinya akan membuatkan anda terasa ingin lagi.

4209447047_fc2a231773_b

8. Jogae Gui (조개구이)

Boleh dijumpai di Myeongdeong, gerai yang menjual hidangan ini tidak putus dengan kunjungan pelanggan. Mungkin kerana keunikan kerang bakar ini dijual ditengah tengah masakan tepung yang lain, membuatkan ianya popular. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh menikmati kerang goreng ini setelah penat membeli belah di Myeongdong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top