skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm
167585360 E1383200228489

Adab Berjabat Tangan di Korea.

Pada tahun 2013, pernah terjadi satu kekecohan apabila Bill Gates, pemilik Microsoft dan juga merupakan orang ketiga terkaya di dunia bertemu dengan Presiden Korea Selatan Park Geun-hye. Orang ramai mendapati beliau telah berkelakuan tidak sopan terhadap Presiden Park Geun-hye. Dia akhbar-akhbar dan media sosial banyak analisis dan kritik yang dikeluarkan oleh masyarakat Korea Selatan.

bill-gates_2543507c

 

Apa yang telah Bill Gates lakukan sehingga menyebabkan orang ramai kecewa?

 

Sebenarnya apa yang Bill Gates lakukan hanyalah ketika berjabat tangan dengan President Park, beliau berjabat tangan menggunakan sebelah tangan sahaja sambil meletakkan tangan yang lagi satu di dalam poket. Ya, ini sahaja yang dilakukan oleh Bill Gates yang menyebabkan kemarahan orang ramai.

gateskorea

Di Korea Selatan, anda tidak boleh sesuka hati berjabat tangan. Ada cara yang betul dan salah. Ia mempunyai kaitan dengan status. Berjabat tangan dengan sebelah tangan sahaja adalah secara umumnya kasual, dan dalam keadaan tertentu(seperti perjumpaan formal), ia menunjukkan bahawa kita dominan atau berstatus lebih tinggi. Jika anda berjabat tangan dengan kawan atau seseorang yang berumur lebih muda, anda bebas untuk menggunakan satu tangan.

Tetapi jika anda bertemu seseorang yang lebih tua atau seseorang dalam kedudukan yang berkuasa, anda sebaiknya menggunakan kedua-dua belah tangan. (Sebaliknya, orang yang lebih berumur dan berkedudukan tinggi itu bebas berjabat tangan dengan sebelah tangan sahaja.)

img_0178

Jadi jika anda perlu berjabat tangan dengan bos, pensyarah, orang kenamaan dan lain-lain yang berasal dari Korea, anda perlu lebih berhati-hati dengan menggunakan kedua-dua belah tangan suapaya tidak menyinggung perasaan mereka. Menundukkan kepala sedikit lebih baik, kemudian sentiasa melihat ke dalam mata.

Walaupun begitu, perkara ini sebenarnya bukan sahaja sesuai di amalkan di Korea, tetapi elok juga diamalkan di mana-mana sahaja. Kerana walau di mana kita berada, akhlak yang baik itu penting. Lagi-lagi dah nak raya ni kan? Eloklah berjabat tangan dengan cara paling sopan. Tambahan pula kebiasaanya berjabat tangan semasa raya ni berisi duit raya, kena lah lebih sopan kan?

 

KP-menyampaikan-duit-Raya-kpd-anak2-staff-ILIM-2-550x320

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top