skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
11181936 802633666495229 1172031189 O

Common Ground: Bangunan Kontena Terbesar Dunia

Sering kita dengar rumah yang diperbuat daripada kontena untuk menangani masalah kos rumah yang semakin mahal saban tahun. Namun, tidak pernah pula kita dengar mengenai pusat membeli belah yang diperbuat daripada kontena. Common Ground merupakan satu satunya pusat membeli belah yang diperbuat daripada kontena di dunia. Pembinaannya yang menggunakan lebih daripada 200 buah kontena membuatkan ianya sebagai bangunan kontena yang terbesar di dunia.

DCIM100MEDIA

Jarak hanya lima minit berjalan kaki dari Stesen Subway Konkuk University, Common Ground ini menjadi antara kawasan yang sangat terkenal dalam kalangan generasi muda. Dek kerana kawasannya yang terletak dekat dengan Konkuk University, kebanyakan daripada pengunjung ke tempat ini adalah terdiri daripada pelajar universiti tersebut. Tidak kira hari minggu atau hujung minggu, kawasan ini sering dipenuhi mereka yang suka membeli belah atau melepak bersama rakan rakan. Tidak lupa juga, mereka yang mempunyai teman istimewa sering menjadikan pusat membeli belah ini sebagai lokasi dating mereka.

DCIM100MEDIA

Dengan keunikan yang dipamerkan pusat membeli belah ini, ramai juga golongan golongan photographerย yang datang ke sini untuk mengambil gambar. Manakan tidak, bukan senang nak jumpa bangunan pelik pelik ni. Memang menjadi fitrah manusia untuk tertarik dengan benda benda unik bukan?

DCIM100MEDIA

Bukan sahaja bangunan pusat membeli belah ini yang unik, restoran atau kafe kafe disini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kebanyakan kafe kafe disini merupakan sebuah bas atau lori yang diubah suai menjadi kafe dan restoran bagi menarik kunjungan orang ramai. Dengan menu menu yang yang sedap dan sempurna untuk menjadi kawasan lepak, tidak putus putus pelanggan yang datang berkunjung ke sini.

Q68859_Konkuk_University_A01Untuk ke Common Ground ini anda cuma perlu ke stesen subway Konkuk University dan keluar ke pintu 6. Dari pintu 6, anda cuma perlu jalan lurus selama beberapa minit dan sampai ke destinasi. Kalau mahu ke sini dengan pemandu pelancong, hubungi la kami. ๐Ÿ™‚

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top