skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Small Shops Near Ssamziegil Market In Insadong Seoul

Insadong : Jalan Tradisional dan Moden

Insa-dong terletak di tengah-tengah bandar Seoul Korea, adalah antara tumpuan pelancongan yang penting di mana pelbagai barang-barang antik dan tradisional dipamerkan dan dijual di sini. Jalan utamanya, Insadong-gil, penuh dengan bermacam-macam jenis kedai dan menyambungkan dengan lorong-lorong pada setiap sisi. Dalam lorong-lorong inilah terdapatnya galeri-galeri, restoran-restoran tradisional, kedai-kedai teh, dan kafe.

near_insadong_street__seoul__korea_by_thebxs-d8jlsrv

Insadong-gil terkenal sebagai “jalan tradisional untuk kedua-dua penduduk tempatan dan warga asing”  dan masih mengekalkan suasana budaya zaman dahulu dengan menggabungkan suasana budaya moden. Kawasan ini juga adalah “kawasan unik di Seoul yang benar-benar mewakili sejarah kebudayaan negara Korea. “

0_4000_0_2667_one_Seoul_Insadong_ManchulKim__041

ssamziegil-market-korea_DSC0166-2

 

Beberapa kediaman yang besar, yang dibina untuk pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara ketika Dinasti Joseon juga boleh dilihat. Sebahagian besar bangunan lama kini digunakan sebagai restoran atau kedai-kedai. Antara bangunan bersejarah yang terletak di kawasan itu adalah Unhyeongung Mansion dan Jogyesa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

daeungjeon_main_dharma_hall_at_jogyesa_temple_in_seoul

Seoul-Insadong-flea-market

 

Galeri-galeri adalah tumpuan utama Insa-dong. Terdapat kira-kira 100 galeri di kawasan ini dan anda boleh melihat setiap contoh seni tradisional Korea, termasuklah lukisan dan arca. Galeri yang paling terkenal adalah , yang berfungsi sebagai pusat seni rakyat.

You

Kedai-kedai teh, kedai-kedai kopi dan restoran-restoran di sini menjadi pelengkap sempurna kepada galeri. Keadaan lorong-lorong yang agak mengelirukan mungkin menyukarkan pelawat pada mulanya, tetapi jika meluangkan sedikit masa sambil ‘window shopping’ pasti akan tidak akan rasa berlalunya masa.

IMG_952927248_714399162001_81011982_42318429_6391942_n

Yang paling menarik adalah setiap papan-papan tanda kedai pasti akan ditulis dalam tulisan Korea untuk mengekalkan tradisi budaya Korea itu sendiri walaupun rangkaian kedai-kedai yang popular. ‘Busking’ dan pelbagai persembahan jalanan termasuklah nyanyian, persembahan magis dan sebagainya turut dilakukan di kawasan jalan utama Insadong-gil ini.

InsaDong

4323438-pic_29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top