skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Tn Kr Ktx Sancheon Coupled

Kereta Api Terpantas Di Korea Selatan : KTX

Korea Train Express (KTX) adalah sistem kereta api berkelajuan tinggi Korea Selatan, yang dikendalikan oleh KORAIL. Pembinaan bermula pada landasan berkelajuan tinggi dari Seoul ke Busan pada 1992. perkhidmatan KTX telah dilancarkan pada 1 April 2004.
640_Korea KTX train
Kelajuan tertinggi untuk kereta api dalam perkhidmatan tetap pada masa ini adalah 305 km / h , walaupun infrastruktur yang direka untuk 350 km / h. Namun selepas beberapa pembaharuan, generasi KTX, Hemu-430X mampu untuk mencapai 421,4 km / h pada tahun 2013, menjadikan Korea Selatan negara keempat di dunia selepas Jepun, Perancis dan China untuk membangunkan kereta api kelajuan tinggi berjalan pada landasan konvensional melebihi 420 km / h.
Terdapat dua line utama yang digunakan oleh KTX ini iaitu line Seoul-Busan dan line Seoul-Jeolla Province (Mokpo/ Gwangju).
2000px-Ktx_map_en.svg
KTX terdiri daripada kereta api KTX-I dan kereta api KTX-II yang dinamakan KTX-Sancheon, dengan “sancheon” yang bermaksud “cherry salmon” dalam bahasa Korea. KTX-Sancheon umumnya lebih selesa daripada KTX-I, kerana mempunyai kerusi yang lebih besar dan selesa serta kerusi berputar untuk keselesaan perjalanan berjumpulan. Walaubagaimanapun, hanya terdapat beberapa perkhidmatan KTX-Sancheon sahaja pada masa ini. Jadi, sekiranya anda lebih suka untuk menaiki Sancheon, tanyakan tentang gerabak ini apabila anda hendak membeli tiket di kaunter-kaunter tiket.
2009072218213620090722182121
Anda boleh membeli tiket KTX 60 hari sebelum tarikh perjalanan anda di pejabat pos besar, di laman web KORAIL KTX, dan di Seoul Station. Kebanyakan pekerja di stesen-stesen utama boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
yeojwacheon-stream
Walaupun KTX tidak mempunyai gerabak makan yang berasingan, namun mereka menjual pek makanan gaya Korea (dipanggil “dosirak” di Korea). Anda boleh membelinya dari petugas yang berjalan membawa trolley jualan sepanjang perjalanan dari hujung gerabak ke hujung gerabak, atau anda boleh membelinya di terminal kereta api. Mereka juga turut menjual snek-snek dan minuman ringan di dalam trolley itu. Antara snek yang popular adalah “hodugwaja” iaitu sejenis kuih daripada walnut dan kacang merah. Selain itu terdapat juga dried squid, telur rebus dan salted peanuts. Jaga-jaga! Orang korea juga suka untuk minum arak soju dalam perjalanan seperti ini

.17064304ktx_38

Telefon bimbit berfungsi seperti biasa di atas gerabak KTX ini. KTX juga dipasang dengan wireless LAN supaya anda boleh mengakses internet semasa perjalanan.

dsc01548_500wm

Tiket sehala bermula dengan harga 57,000 Won daripada Seoul ke Busan dan harga berlainan untuk hujung minggu. Ataupun anda boleh mendapatkan KR Pass bermula dengan harga 75,900 Won dan boleh digunakan untuk 3 hari, cukup masa untuk berjalan di Busan dan berpatah balik ke Seoul ^_^

813940_1_48

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top