skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm
Googlep

Korea dan Kalkulator

Seperti Jepun, sistem pendidikan Korea dari sekolah rendah hingga tinggi tidak membenarkan pelajar mereka menggunakan mesin kira kira dalam pembelajaran. Ini termasuklah subjek subjek seperti matematik, fizik, kimia dan lain lain yang mempunyai pengiraan. Bagi kita yang menggunakan kalkulator semenjak tingkatan 1 adalah sangat sukar untuk menjawab soalan soalan peperiksaan tanpa bantuan kalkulator. Mungkin boleh, tetapi dalam tempoh masa satu jam setengah, mungkin tidak kesemua soalan dapat dijawab. Namun, terdapat kebaikan dan keburukan bagi setiap sesuatu termasuklah tidak menggunakan kalkutor ini.

matematik

Tidak menggunakan mesin kira kira bermaksud kita bergantung sepenuhnya kepada pemikiran dan penggunaan otak untuk menyelesaikan sesuatu pengiraan. Dengan berbuat sedemikian, daya permikiran seseorang akan lebih cepat dan sensitif dalam menerima rangsangan. Bukan itu sahaja, para pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu pembelajaran. Contohnya: mengapa nilai sin30 bersamaan dengan 1/2, dari mana datangnya formula formula matematik seperti theorem pythagoras, fungsi logarithm dan lain lain. Ini membuatkan mereka berfikir dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dengan cara yang lebih kreatif tanpa perlu bergantung kepada kalkulator.

Screen-Shot-2015-07-19-at-7.52.13-PM

Mungkin disebabkan tidak menggunakan kalkulator, Korea merupakan antara negara yang terkenal dalam kejohanan Olimpiad Matematik. Kebanyakan soalan soalan olimpiad menggunakan nombor nombor yang besar seperti ribu dan puluh ribu. Dengan pemahaman yang mendalam mengenai pengiraan, pengiraan nombor nombor besar ini dapat diselesaikan dengan mudah.

I-dont-know

Namun, tidak kesemua perkara baik itu menyumbang kepada 100% kebaikan. Terdapat juga beberapa keburukan tidak menggunakan kalkulator ini. Disebabkan para pelajar Korea tidak biasa menggunakan mesin kira kira, mereka mengalami masalah untuk menggunakannya setelah memasuki universiti. Mereka sangat kekok untuk mengira melalui kalkulator dan kadang kadang mengambil masa yang lebih lama berbanding membuat pengiraan tanpa kalkulator. Terdapat juga sebahagian daripada mereka yang tidak tahu mengenai kewujudan mesin kalkulator saintifik. Semasa menuntut di Korea semester 1, saya pernah menggunakan kalkulator untuk mengira pengiraan hasil eksperimen fizik. Lab partner sangat terkejut dan mengeluarkan suara “waaahhh” beramai ramai kerana pertama kali melihat kalkulator saintifik. Bagi saya, itu merupakan antara pengalaman yang sangat lucu semasa menuntut di Korea.

Boleh disimpulkan bahawa setiap sesuatu perkara mendorong kepada kebaikan dan keburukan, tetapi berat kebaikan atau keburukan sesuatu itu boleh kita tentukan melalui pemikiran dan logik akal. Penggunaan kalkulator sangat bagus dan efisyen dalam menjimatkan masa pengiraan, namun pergantungan penuh kepada kalkulator dalah sangat tidak bagus.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top