skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Obesity Image Man Overweight

Korea dan Obesiti

Obesiti adalah masalah kesihatan yang sangat dititikberatkan lebih lebih lagi dalam kalangan remaja perempuan yang menjaga kecantikan. Pemikiran gemuk tidak cantik adalah salah satu pemikiran steorotype yang perlu dibaiki. Mauritania, Nauru dan Tahiti adalah antara Negara dimana golongan perempuannya menganggap gemuk itu menawan. Tetapi, bagaimana di Korea?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Seoul Metropolitan Government (SMG), 1 daripada 4 orang penduduk Seoul adalah bukan sahaja lebih berat badan, malah obes. Statistik ini menunjukkan kenaikan mendadak yang keempat sejak tahun 2008 dimana 20.6 peratus daripada populasi bandar tersebut diklasifikasikan obes. Kebanyakan Negara Negara barat mendefinisikan obesity adalah Body Mass Index (BMI) yang melebihi 30, tetapi Korea menggunakan skala 25 dan keatas sebagai penanda aras. Hal ini kerana ketinggian orang Asia dan barat adalah tidak serupa.

Sekiranya dibandingkan dengan negara negara lain, Korea masih lagi berada di tangga bawah tetapi adakah benar statistik yang dikeluarkan SMG ini? Ini kerana sangat susah untuk berjumpa dengan golongan “besar” di sini terutamanya golongan wanita.

Statistik yang dikeluarkan ini sangat bercanggah dengan budaya yang sangat popular dalam kalangan remaja Korea pada masa ini.

Woman showing how much weight she lost.

  1. Diet

Golongan wanita terutamanya sangat serius dalam rutin diet ini. Mereka bahkan mengira kalori dalam makanan mereka dan akan melakukan senaman tambahan sekiranya memakan lebih daripada jumlah kalori yang ditetapkan.

gym

  1. Workout

Bagi golongan lelaki pula, adalah satu kebiasaan untuk mereka ke mana mana pusat gym dan membina otot. Boleh dikatakan susah untuk mencari golongan lelaki yang tidak mempunyai 6 pacs ataupun biceps yang besar disini. (Tambahan pula mereka diwajibkan untuk menyertai tentera selama 2 tahun)

Ichon-hangang-park-

  1. Joging

Golongan muda mahupun tua, semuanya sangat berminat dengan aktiviti berjoging ini. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan kerajaan Korea khas buat rakyatnya untuk bersenam dan berjoging seperti di taman taman perumahan mahupun taman taman rekreasi. Antara salah satu taman rekreasi yang terkenal di Korea ini adalah di Sungai Han. Terdapat banyak kemudahan dan peralatan bersenam yang boleh digunakan secara percuma dan orang ramai boleh bersenam sambil melihat kecantikan Sungai Han tak kira pada waktu siang ataupun malam.

4. Mendaki Gunung

Untuk pengetahuan anda 70 peratus muka bumi Korea adalah terdiri daripada gunung ganang. Jadi tidak hairan lah orang orang disini sangat menggemari aktiviti mendaki gunung. Antara gunung yang popular di Korea adalah Seoraksan dan Bukhansan. Kedua dua gunung ini tidaklah setinggi Gunung Kinabalu di Sabah tetapi gunung tersebut tidak putus dengan kunjungan pendaki. Kebanyakan orang Korea yang mendaki gunung ini adalah golongan berumur ahjusshi (pak cik) dan ahjumma (mak cik). Kuat orang orang tua disini.

Keempat empat budaya diatas adalah senjata berkesan untuk melawan dan mencegah obesiti. Budaya ini juga boleh dikatakan dilakukan semua lapisan umur tidak kira golongan tua ataupun muda. Sangat hairan untuk statistik tersebut dikeluarkan oleh SMG sendiri. Betul atau salah statistik tersebut tidaklah menjadi masalah. 3 budaya popular dalam kalangan orang Korea ini sekiranya dicontohi dan diteladani oleh kita insyaAllah memberi seribu manfaat.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top