skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm
130525 Taemin Mbc We Got Married Cut Pt1 Avi0131

Lokasi Penggambaran “We Got Married Village”

Dalam siri MBC “We Got Married” season 4, pasangan pilihan pada waktu itu telah berpindah ke sebuah perkampungan dimana mereka kononnya tinggal bersama sebagai jiran. Konsep ini direka supaya penonton boleh merasa lebih realistik dan melihat sendiri keindahan tempat tinggal mereka.

salah satu siri penggambaran

salah satu siri penggambaran

Kampung ini adalah salah satu projek perumahan dibawah syarikat yang dipanggil BANDINABI. Projek ini melibatkan pembinaan banglow, rumah teres konsep korea dan sebagainya.

Setiap rumah mempunyai idea design masing masing dan kemudahan sendiri. Anda boleh berenang di swimming pool, relax di garden, bbq diwaktu malam dan ada juga yang mempunyai garaj kereta (benda ini rare di korea)

130525-taemin-mbc-we-got-married-cut-pt1-avi0198 19

1


Alamat : 465-4 Maseong-ri Pogog-eup, cheoin-gu, Gyeonggi-do
Alamat dalam korea : 경기도 용인시 처인구 포곡읍 미성리 465-4

Rancangan tv : MBC “We got married”

Kemudahan awam  : Express bus terminal station Line 2/ exit 1

Cara-cara pergi

  1. Daripada express bus terminal di Seoul,ambil bas ke Yongin Bus Terminal
  2. Daripada yongkin Bus terminal, ambil taxi dan katakan anda mahu ke We Got Married Village (pemandu dah tahu sebab ramai pergi sini)
  3. Nak lagi selamat, jangan lupa print alamat di atas dalam bahasa korea, bagi kat pemandu taxi.
  4. Anda sepatutnya tiba di kampung tersebut dengan selamat. Ada 3 bahagian perumahan, disebabkan tiada bas awam yang akan menunggu disini, anda mungkin perlu suruh taxi untuk tunggu di luar untuk anda ataupun dapatkan no tel untuk memudahkan anda pergi ke tempat lain

Fuhhh serius jauh. Kita mungkin rasa macam tak berbaloi,tapi tempat ni dan rancangan ni memang banyak peminat tersendiri.

Bagi sesiapa yang banyak masa dan betul-betul nak pergi, kami rekomen anda untuk datang sendiri lihat kawasan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top