skip to Main Content
Menu
China Guangzhou Lotus Hill
China Guangzhou Lotus Hill
China Guangzhou Yuexiu Park
China Guangzhou Shamian Island
Butiran Pakej Percutian

Pakej Percutian Guangzhou Shenzhen kami merupakan pakej gabungan antara lawatan ke Guanzhou dan Shenzhen.

Guangzhou adalah bandar ketiga terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai.
Guangzhou adalah pusat perdagangan utama dunia. Ramai ahli perniagaan dari seluruh dunia datang ke sini untuk berniaga dan mengambil terus harga borong dari China. Pusat utama perdagangannya adalah di Guangzhau. Disini hampir semua barang-barang dagangan utama dunia didagangkan secara borong dan murah. Barang-barang seperti pakaian, kasut dan aksesori, barangan kulit elektrik dan gajet, jam tangan, alatan rumah, alat-alat ganti dan lain-lain didagangkan secara pukal dan murah.

Shenzhen pula merupakan sebuah bandar yang dibangunkan dalam tempoh lima tahun dahulunya hanya kota yang dikelilingi dengan hutan. Shenzhen kini semakin membangun memasuki usia 30 tahun sejak penubuhannya.

Kini daerah kecil itu telah menjadi antara kawasan tarikan utama pelancong yang melawat ke China. Shenzhen juga digelar sebagai Big Four iaitu kota ke empat yang tersenarai sebagai paling popular di China selepas Shanghai, Beijing dan Guangzhou.

Melangkah ke kota yang mempunyai populasi penduduk seramai sembilan juta, Shenzhen memang sebuah daerah yang indah untuk dikunjungi kerana keadaan muka buminya yang menghijau, sehingga digelar sebagai Kota Taman (Garden City) oleh penduduknya.
Jika anda mencari pakej percutian muslim yang mengutamakan pengalaman menarik pelancongan pada harga yang bajet, melanconglah bersama Muslimtravelbug.

Pakej Percutian Guangzhou Shenzhen,Pakej Percutian Guangzhou Shenzhen,Pakej Percutian Guangzhou Shenzhen

Tempoh Nama Pakej Harga Jadual Perjalanan
4H3M 4D3N Guangzhou Muslim Tour Bermula RM1148
5H4M 5D4N Guangzhou Shenzhen Muslim Tour Bermula RM960
6H5M 6D5N Guangzhou Shenzhen Muslim Tour Bermula RM1066
Dapatkan Harga Termasuk Penerbangan

Hanya pilih jenis pakej anda dan maklumkan bilangan peserta dan tarikh yang percutian yang anda inginkan. Kami akan buatkan quotation berdasarkan harga penerbangan terendah!

Klik Disini Untuk Panduan Lanjut

ATAU

Hantarkan apa-apa soalan anda terus kepada kami

Terma & Syarat

Deposit minima RM100/pax untuk Pakej Persendirian (Ground Arrangement – pakej tanpa tiket penerbangan).

Deposit termasuk tiket penerbangan akan dimaklumkan melalui email sekiranya anda ingin membuat tempahan termasuk tiket penerbangan.

Bayaran terakhir adalah 14 hari (Tanpa tiket penerbangan) atau 45 hariĀ (Termasuk tiket penerbangan) sebelum tarikh travel anda.

Sila rujuk Syarat (Pakej Persendirian) untuk maklumat lanjut.