skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com

Korea Jeju 7H6M

Pakej Percutian ke Korea menggunakan Hotel 3* dan Van. Pakej ini sesuai untuk keluarga yang memerlukan percutian lebih santai dan lengkap. Ini bukan pakej bajet.

HARI 01 : KUALA LUMPUR – INCHEON-GIMPO-PULAU JEJU (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, anda akan disambut oleh wakil kami. Kemudian anda akan terus ke Gimpo Domestic Airport untuk berangkat ke Pulau Jeju. Selepas makan tengahari, anda akan melawat Seopjikoji Dan Seongsan Ilchulbong Peak. Makan malam dan check in Hotel.

HARI 02 : PULAU JEJU

Sarapan pagi di hotel. Kemudian lawatan ke Yongduam Rock (Dragon Head Rock). Seterusnya Mysterious Road, Seongeup Folk Village, Cheonjiyeon Waterfall dan Teddy Bear Museum.

HARI 03 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Check out dan terus berangkat ke Seoul semula. Seterusnya lawati Dongdaemun Market dan membeli belah di Namdaemun Market dan Myeongdong Fashion Street. Akhir sekali, lawatan ke Namsan Tower (Optional : Observation ticket)

HARI 04 : SEOUL- NORTH KOREA VIEW (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan seterusnya adalah ke Pulau Nami yang terletak 60km daripad Seoul. Rasai pengalaman menaiki feri untuk ke pulau nami yang terkenal dengan penggambaran filem winter sonata. Kemudian bergerak ke kawasan sempadan North Korea iaitu Imjingak Pavilion, the 3rd Tunnel, Dorasan Observatory.

HARI 05 : EVERLAND  (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel.nikmati pengalaman menarik di Everland Theme Park,taman permainan tema terbesar di Korea. Seterusnya melawat Kimchi School dan rasai pengalaman cara buat Kimchi dan bergambar menggunakan pakaiai traditional korea,Hanbok. Jika anda berminat, anda juga boleh menonton Teatar terkenal di korea iaitu JUMP SHOW dengan bayaran sebanyak 35 usd seorang.

HARI 06 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Seterusnya melawat Pusat Ginseng Negara dan penerangan ringkas tentang Jenis Ginseng yang terdapat di Korea. Seterusnya National Amethyst Factory dan Korean Cosmetic Shop. Jika anda pernah menonton drama My Love From The Star, anda pasti terhibur dengan lawatan ke Gallery ini dan hayati ketenangan di kawasan rehat indoor iaitu The Sledge Park.

HARI 07 : SEOUL-KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel. Membeli belah di Korea Provision Shop. Dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur

Harga Termasuk

  • Pengangkutan seperti di aturcara
  • Tiket penerbangan domestik jeju (return)
  • 6 malam penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
  • Makanan Halal seperti di aturcara
  • Perkhidmatan Pemandu Pelancong yang berpengalaman
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj tambahan
  • Makanan dan lawatan selain yang dinyatakan dalam aturcara

Pakej Korea Van/Bas Trip (Sesuai untuk group kecil dan besar)

7 DAYS 6 NIGHT JEJU TOUR
CODE 002 FIT GROUP SGL
2-3 4-6 7-9 10-14 15 + 1 19 + 1 25 + 1 30 + 2
ADULT 8040 5640 4840 4440 3440 3240 3040 2930 780

Notis

  • Ini adalah Pakej Korea Standard kami yang menggunakan Hotel 3 bintang dan Pengangkutan private khas untuk anda.
  • Anda akan bercuti bersama group anda sahaja tanpa peserta dari kumpulan lain. Ini adalah Pakej Private.
  • Pakej ini TIDAK TERMASUK tiket penerbangan. Anda harus beli tiket penerbangan anda sendiri atau pilih menu TARIKH untuk pakej termasuk tiket penerbangan.
  • Pakej ini sesuai untuk senior citizen dan keluarga yang bawa bayi kerana perjalanan menggunakan private transport.
  • Harga pakej ini mungkin berubah berdasarkan matawang terkini RINGGIT-KRW.

Cara Tempahan

  1. Pilih pakej yang sesuai dengan kumpulan anda.
  2. Isikan borang dibawah untuk mengetahui JIKA kami dapat menyediakan servis guide pada tarikh pilihan anda.
  3. Pihak kami akan reply dalam masa 24 JAM.
  4. Deposit boleh dilakukan selepas kami sahkan boleh menyediakan servis pada tarikh tersebut.

Setiap transaksi anda disertakan dengan invoice dan resit bayaran. Anda juga boleh menghubungi kami di 03-89575770 (office hour) untuk jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut.

Travelbug Booking Form

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Muslimtravelbug.com. Pakej ini tidak termasuk flight. Pihak kami hanya menyediakan ground arrangement untuk anda. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan, bantuan segera perbelanjaan pengkebumian, perbelanjaan perubatan, perbelanjaan hospital dan lain-lain yang berkaitan dengan liabiliti persendirian seperti kehilangan bagasi atau ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga.Oleh itu, Para peserta disarankan untuk mengambil insuran peribadi sepanjang berada di Seoul, Korea.

Back To Top