skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com

Korea 4H3M

Pakej Percutian ke Korea menggunakan Hotel 3* dan Van. Pakej ini sesuai untuk keluarga yang memerlukan percutian lebih santai dan lengkap. Ini bukan pakej bajet.

HARI 01 : KUALA LUMPUR – PETITE FRANCE – PULAU NAMI (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, anda akan disambut oleh wakil kami. Melawat ke Petite France yang merupakan sebuah desa bertema Perancis. Teruskan perjalanan ke Pulau Nami yang merupakan lokasi penggambaran filem Winter Sonata dengan menaiki Lake Cruise. Selepas itu, rasai pengalaman membuat Kimchi dan bergambar menggunakan Hanbok (pakaian tradisional orang korea).

HARI 02 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan ke Gyeongbuk Palace. Kemudian ke National Folk Museum. Kita juga akan melalui kawasan rumah presiden korea yang dipanggil Blue House. Akhirnya kita akan Membeli belah di National Ginseng Outlet ataupun di Amethyst Factory. Akhir sekali, membeli belah di Myeongdong Fashion Street.

HARI 03 : SEOUL (SP)

Hari Free & Easy. Tiada guide atau kenderaan akan disediakan.

HARI 04 : SEOUL – KUALA LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi, melawat ke Local Product Shop. Selepas itu bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Harga Termasuk

  • Pengangkutan seperti di aturcara
  • 3 malam penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
  • Makanan Halal seperti di aturcara
  • Perkhidmatan Pemandu Pelancong yang berpengalaman
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj tambahan
  • Makanan dan lawatan selain yang dinyatakan dalam aturcara

Pakej Korea Van/Bas Trip (Sesuai untuk group kecil dan besar)

4 DAYS 3 NIGHT (Halfboard)
CODE 001 FIT GROUP SGL
2-3 4-6 7-9 10-14 15 + 1 19 + 1 25 + 1 30 + 2
ADULT 2820 2134 1678 1554 1426 1358 1290 1264 390
*half board mean 1 day free & easy (only hotel & breakfast, no guide)

Notis

Jadual perjalanan boleh dipinda oleh pemandu pelancong kerana keadaan yang tidak diduga tetapi tempat-tempat untuk melawat tetap sama.

Travelbug Booking Form

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Muslimtravelbug.com. Pakej ini tidak termasuk flight. Pihak kami hanya menyediakan ground arrangement untuk anda. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan, bantuan segera perbelanjaan pengkebumian, perbelanjaan perubatan, perbelanjaan hospital dan lain-lain yang berkaitan dengan liabiliti persendirian seperti kehilangan bagasi atau ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga.Oleh itu, Para peserta disarankan untuk mengambil insuran peribadi sepanjang berada di Seoul, Korea.

Back To Top