skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com

Korea 4H3M

Pakej Percutian ke Korea menggunakan Hotel 3* dan Van. Pakej ini sesuai untuk keluarga yang memerlukan percutian lebih santai dan lengkap. Ini bukan pakej bajet.

HARI 01 : INCHEON – SEOUL (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, anda akan disambut oleh wakil kami. Kemudian, teruskan perjalanan ke Seoul. Lawatan ke Gyeongbokgung Palace,National Folk Museum, sekitar Presidential Blue House dan Namsan Tower(tidak termasuk tiket observatory). Tonton pertunjukan terkenal non verbal Korea yang dikenali sebagai JUMP show (tiket tidak termasuk).

HARI 02 : PULAU NAMI- DAERAH PERBATASAN-SEOUL  (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Teruskan perjalanan ke Pulau Nami yang merupakan lokasi penggambaran Winter Sonata dengan menaiki lake cruise. Selepas itu, lawatan singkat ke Imjingak Pavillion,The 3rd tunnel, dan Dorasan Observatory. Dalam perjalanan balik ke Seoul, singgah membeli-belah di Dongdaemun  Market.

HARI 03 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan ke Cheonggyecheon Stream, Insadong Cultural Street, dan Namsangol Hanok Village. Membeli belah di National Ginseng Outlet, Amethyst Factory, Cosmetic Shop dan Myeongdong Shopping Street.

HARI 04 : SEOUL – KUALA LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi, melawat ke Herbal dan Local Product Shop. Membeli belah di Sinchon Ladies Street. Selepas makan malam, dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Harga Termasuk

  • Pengangkutan seperti di aturcara
  • 4 malam penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
  • Makanan Halal seperti di aturcara
  • Perkhidmatan Pemandu Pelancong yang berpengalaman
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj tambahan
  • Makanan dan lawatan selain yang dinyatakan dalam aturcara

Pakej Korea Van/Bas Trip (Sesuai untuk group kecil dan besar)

4 Days 3 Night
CODE FIT GROUP SGL
2-3 4-6 7-9 10-14 15 + 1 19 + 1 25 + 1 30 + 2
IN RINGGIT 3380 2304 2060 1700 1620 1524 1448 1416 390

Notis

Jadual perjalanan boleh dipinda oleh pemandu pelancong kerana keadaan yang tidak diduga tetapi tempat-tempat untuk melawat tetap sama.

Travelbug Booking Form

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Muslimtravelbug.com. Pakej ini tidak termasuk flight. Pihak kami hanya menyediakan ground arrangement untuk anda. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan, bantuan segera perbelanjaan pengkebumian, perbelanjaan perubatan, perbelanjaan hospital dan lain-lain yang berkaitan dengan liabiliti persendirian seperti kehilangan bagasi atau ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga.Oleh itu, Para peserta disarankan untuk mengambil insuran peribadi sepanjang berada di Seoul, Korea.

Back To Top