skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm

Korea 5H4M (Ekonomi)

Pakej Percutian ke Korea menggunakan Hotel 3* dan Van. Pakej ini sesuai untuk keluarga yang memerlukan percutian lebih santai dan lengkap. Ini bukan pakej bajet.

HARI 01 : KUALA LUMPUR – PULAU NAMI – SEOUL (MT/MM)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kemudian, bertolak ke Chuncheon yang mengambil masa dalam 2 jam perjalanan. Perjalanan diteruskan ke Pulau Nami yang merupakan lokasi penggambaran filem Winter Sonata dengan menaiki Lake Cruise. Melawat Masjid Itaewon, dan membeli belah di Itaewon Shopping Street. Daftar masuk hotel.

HARI 02 : TAMAN TEMA EVERLAND – NANTA SHOW (SP/MT/MM)

Bertolak ke taman tema Everland. Everland merupakan taman tema terbesar di Korea. Ianya terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Global Fair, Zoo Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure. Balik ke Seoul. Tonton persembahan Nanta.

HARI 03 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat ke Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum, dan sekitar Presidential Blue House. Lawatan diteruskan ke Ginseng center, Korea Herb Center raisin tree, red Pine, Seaweed Museum dan Trick Eye Museum. Anda juga berpeluang memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Kemudian, melawat Amethyst Factory, Cosmetic Shop, dan Cheonggyechon Stream. Membeli belah di Myeongdong Fashion Street dan Duty Free Shop.

HARI 04 : ACARA BEBAS (SP)

Sarapan pagi di hotel. Acara bebas.

HARI 05 : SEOUL – KUALA LUMPUR (SP)

Daftar keluar hotel. Lawatan ke Namsan Tower. Membeli belah di Local Supermarket. Dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Harga Termasuk

  • Pengangkutan seperti di aturcara
  • 4 malam penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
  • Makanan Halal seperti di aturcara
  • Perkhidmatan Pemandu Pelancong yang berpengalaman
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj tambahan
  • Makanan dan lawatan selain yang dinyatakan dalam aturcara

Pakej Korea Van Trip (sesuai untuk 4-9 orang peserta)

5 Hari 4 Malam
CODE FIT GROUP SGL
4-9 Pax 10-14 Pax
IN RINGGIT RM2324/seorang RM1864/seorang RM540

Notis

  • Ini adalah Pakej Ekonomi yang menggunakan Hotel 3 bintang dan Pengangkutan private khas untuk anda.
  • Pakej ini ada sehari free & easy untuk minimakan kos.
  • Anda akan bercuti bersama group anda sahaja tanpa peserta dari kumpulan lain. Ini adalah Pakej Private.
  • Pakej ini TIDAK TERMASUK tiket penerbangan. Anda harus beli tiket penerbangan anda sendiri atau pilih menu TARIKH untuk pakej termasuk tiket penerbangan.
  • Pakej ini sesuai untuk senior citizen dan keluarga yang bawa bayi kerana perjalanan menggunakan private transport.
  • Harga pakej ini mungkin berubah berdasarkan matawang terkini RINGGIT-KRW.

Cara Tempahan

  1. Pilih pakej yang sesuai dengan kumpulan anda.
  2. Isikan borang dibawah untuk mengetahui JIKA kami dapat menyediakan servis guide pada tarikh pilihan anda.
  3. Pihak kami akan reply dalam masa 24 JAM.
  4. Deposit boleh dilakukan selepas kami sahkan boleh menyediakan servis pada tarikh tersebut.

Setiap transaksi anda disertakan dengan invoice dan resit bayaran. Anda juga boleh menghubungi kami di 03-89575770 (office hour) untuk jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut.

Travelbug Booking Form

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Muslimtravelbug.com. Pakej ini tidak termasuk flight. Pihak kami hanya menyediakan ground arrangement untuk anda. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan, bantuan segera perbelanjaan pengkebumian, perbelanjaan perubatan, perbelanjaan hospital dan lain-lain yang berkaitan dengan liabiliti persendirian seperti kehilangan bagasi atau ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga.Oleh itu, Para peserta disarankan untuk mengambil insuran peribadi sepanjang berada di Seoul, Korea.

Back To Top