skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com

Korea 5H4M

Pakej Percutian ke Korea menggunakan Hotel 3* dan Van. Pakej ini sesuai untuk keluarga yang memerlukan percutian lebih santai dan lengkap. Ini bukan pakej bajet.

HARI 01 : KUALA LUMPUR – PETITE FRANCE – PULAU NAMI – GUNUNG SORAK (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, anda akan disambut oleh wakil kami. Melawat ke Petite France yang merupakan sebuah desa bertema Perancis. Teruskan perjalanan ke Pulau Nami yang merupakan lokasi penggambaran filem Winter Sonata dengan menaiki Lake Cruise. Selepas itu, teruskan perjalanan ke Gunung Sorak, salah satu gunung tertinggi di Korea.

HARI 02 : GUNUNG SORAK – SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat ke kawasan pergunungan Sorak dan anda akan dibawa menikmati pemandangan di Gwongeumseong Fortress dengan menaiki kereta kabel. Selepas itu, lawatan ke Daepo Wharf yang merupakan pasar tradisional di Korea. Balik ke Seoul, membeli belah di Dongdaemun Market.

HARI 03 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat ke Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum, dan sekitar Presidential Blue House. Teruskan perjalanan ke Cheonggye Stream dan Gwanghwamun Plaza yang merupakan lokasi penggambaran untuk drama Korea “IRIS”. Melawat Seoul N Tower (tidak termasuk tiket observatory). Membeli belah di Gwanjang Korea Silk Market.

HARI 04 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat ke Stadium World Cup 2002. Membeli belah di National Ginseng Outlet, National Amethyst Factory dan Korean Cosmetic Duty Free Shop. Teruskan perjalanan ke Sekolah Kimchi dan belajar membuat Kimchi. Anda juga berpeluang memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Membeli belah di Nandaemun Market dan Myeong-dong Fashion Steet.

HARI 05 : SEOUL – KUALA LUMPUR (SP)

Daftar keluar hotel. Lawatan ke Namsan Tower. Membeli belah di Local Supermarket. Dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Harga Termasuk

  • Pengangkutan seperti di aturcara
  • 4 malam penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
  • 1 malam penginapan resort/hotel diluar Seoul
  • Makanan Halal seperti di aturcara
  • Perkhidmatan Pemandu Pelancong yang berpengalaman
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Tip kepada pemandu pelanconga

Harga Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj tambahan
  • Makanan dan lawatan selain yang dinyatakan dalam aturcara

Pakej Korea Van/Bas Trip (Sesuai untuk group kecil dan besar)

5 Days 4 Night
CODE FIT GROUP SGL
2-3 4-6 7-9 10-14 15 + 1 19 + 1 25 + 1 30 + 2
IN RINGGIT 3920 3040 2520 1880 1800 1720 1680 1680 520

Notis

  • Ini adalah Pakej Korea Standard kami yang menggunakan Hotel 3 bintang dan Pengangkutan private khas untuk anda.
  • Anda akan bercuti bersama group anda sahaja tanpa peserta dari kumpulan lain. Ini adalah Pakej Private.
  • Pakej ini TIDAK TERMASUK tiket penerbangan. Anda harus beli tiket penerbangan anda sendiri atau pilih menu TARIKH untuk pakej termasuk tiket penerbangan.
  • Pakej ini sesuai untuk senior citizen dan keluarga yang bawa bayi kerana perjalanan menggunakan private transport.
  • Harga pakej ini mungkin berubah berdasarkan matawang terkini RINGGIT-KRW.

Cara Tempahan

  1. Pilih pakej yang sesuai dengan kumpulan anda.
  2. Isikan borang dibawah untuk mengetahui JIKA kami dapat menyediakan servis guide pada tarikh pilihan anda.
  3. Pihak kami akan reply dalam masa 24 JAM.
  4. Deposit boleh dilakukan selepas kami sahkan boleh menyediakan servis pada tarikh tersebut.

Setiap transaksi anda disertakan dengan invoice dan resit bayaran. Anda juga boleh menghubungi kami di 03-89575770 (office hour) untuk jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut.

Travelbug Booking Form

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Muslimtravelbug.com. Pakej ini tidak termasuk flight. Pihak kami hanya menyediakan ground arrangement untuk anda. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan, bantuan segera perbelanjaan pengkebumian, perbelanjaan perubatan, perbelanjaan hospital dan lain-lain yang berkaitan dengan liabiliti persendirian seperti kehilangan bagasi atau ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga.Oleh itu, Para peserta disarankan untuk mengambil insuran peribadi sepanjang berada di Seoul, Korea.

Back To Top