Menu

Korea 6H5M (Ekonomi)

Pakej Percutian ke Korea menggunakan Hotel 3* dan Van. Pakej ini sesuai untuk keluarga yang memerlukan percutian lebih santai dan lengkap. Ini bukan pakej bajet.

HARI 01 : KUALA LUMPUR – PULAU NAMI – GUNUNG SORAK (MT/MM)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kemudian, bertolak ke Chuncheon yang mengambil masa dalam 2 jam perjalanan. Perjalanan diteruskan ke Pulau Nami yang merupakan lokasi penggambaran filem Winter Sonata dengan menaiki Lake Cruise. Melawat Shinheungsa Temple. Anda juga akan dibawa menikmati pemandangan Gwongeumseong Fortress dengan menaiki kereta kabel. Selepas itu, lawatan ke Daepo Wharf yang merupakan pasar tradisional di Korea.

HARI 02 : TAMAN TEMA EVERLAND – SEOUL (SP/MT/MM)

Bertolak ke taman tema Everland. Everland merupakan taman tema terbesar di Korea. Ianya terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Global Fair, Zoo Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure. Lawatan ke Kimchi School dan pengalaman buat kimchi dan bergambar menggunakan pakaian traditional korea (hanbok). Seterusnya lawatan ke Hongdae Street dan balik ke Hotel.

 

HARI 03 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat ke Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum, dan sekitar Presidential Blue House. Lawatan diteruskan ke Ginseng center, Korea Herb Center raisin tree, red Pine, Seaweed Museum dan Trick Eye Museum. Anda juga berpeluang memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Kemudian, melawat Amethyst Factory, Cosmetic Shop, dan Cheonggyechon Stream. Membeli belah di Myeongdong Fashion Street dan Duty Free Shop.

HARI 04 : SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat Namsan Tower, Trick Eye Museum, Masjid Itaewon, dan Korea Herb Center Raisin Street/Red Pine. Membeli belah di Insadong Culture Street dan Itaewon Shopping Street. Tonton Drumcat dan Miso show.

HARI 05 : ACARA BEBAS (SP)

Sarapan pagi di hotel. Acara bebas.

HARI 06 : SEOUL – KUALA LUMPUR (SP)

Daftar keluar hotel. Lawatan ke Namsan Tower. Membeli belah di Local Supermarket. Dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Harga Termasuk

  • Pengangkutan seperti di aturcara
  • 4 malam penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
  • Makanan Halal seperti di aturcara
  • Perkhidmatan Pemandu Pelancong yang berpengalaman
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Insurans perjalanan
  • Surcaj tambahan
  • Makanan dan lawatan selain yang dinyatakan dalam aturcara

Pakej Korea Van Trip (sesuai untuk 4-9 orang peserta)

6 Hari 5 Malam
CODE FIT GROUP SGL
4-9 Pax 10-14 Pax
IN RINGGIT 2968 2393 RM590

Notis

  • Ini adalah Pakej Ekonomi yang menggunakan Hotel 3 bintang dan Pengangkutan private khas untuk anda.
  • Pakej ini ada sehari free & easy untuk minimakan kos.
  • Anda akan bercuti bersama group anda sahaja tanpa peserta dari kumpulan lain. Ini adalah Pakej Private.
  • Pakej ini TIDAK TERMASUK tiket penerbangan. Anda harus beli tiket penerbangan anda sendiri atau pilih menu TARIKH untuk pakej termasuk tiket penerbangan.
  • Pakej ini sesuai untuk senior citizen dan keluarga yang bawa bayi kerana perjalanan menggunakan private transport.
  • Harga pakej ini mungkin berubah berdasarkan matawang terkini RINGGIT-KRW.

Cara Tempahan

  1. Pilih pakej yang sesuai dengan kumpulan anda.
  2. Isikan borang dibawah untuk mengetahui JIKA kami dapat menyediakan servis guide pada tarikh pilihan anda.
  3. Pihak kami akan reply dalam masa 24 JAM.
  4. Deposit boleh dilakukan selepas kami sahkan boleh menyediakan servis pada tarikh tersebut.

Setiap transaksi anda disertakan dengan invoice dan resit bayaran. Anda juga boleh menghubungi kami di 03-89575770 (office hour) untuk jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut.

Travelbug Booking Form

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Muslimtravelbug.com. Pakej ini tidak termasuk flight. Pihak kami hanya menyediakan ground arrangement untuk anda. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan, bantuan segera perbelanjaan pengkebumian, perbelanjaan perubatan, perbelanjaan hospital dan lain-lain yang berkaitan dengan liabiliti persendirian seperti kehilangan bagasi atau ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga.Oleh itu, Para peserta disarankan untuk mengambil insuran peribadi sepanjang berada di Seoul, Korea.