skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com

Korea 5H4M

Pakej Korea 5H4M ini adalah pakej berkonsepkan percutian backpackers di Seoul,Korea Selatan.

Hari 1 : Kuala Lumpur – Incheon (MT,MM)

Tiba di Lapangan Terbang Incheon dan akan disambut oleh wakil kami, sesi taklimat ringkas dan bertolak ke Seoul. Setibanye di seoul, ‘Check in’ di penginapan dan melawat Istana Gyeongbok, National Folk Museum, King Sejong centre,Gwanghwamun Square diikuti Cheonggye Stream,sungai bersejarah yang bermula di tengah bandar Seoul. Kemudian lawatan ke Insadong Street, tempat ini dipenuhi barang antik,kedai cenderamata dan persembahan jalanan. Kemudian akan diakhiri dengan makan malam di kawasan berhampiran.

Hari 2 : Pulau Nami (SP,MT,MM)

Lawatan & pengalaman ke Pulau Nami menggunakan Train laju ITX,Korea. ITX mempunyai 2 tingkat tempat duduk dalam 1 gerabak. Anda juga dapat menghayati pemandangan indah sepanjang perjalanan ini. Pulau Nami merupakan set pengambaran bagi drama terkenal ‘Winter Sonata’. Masa perjalanan ke Nami Island dianggarkan selama 5-10 minit dengan menaiki feri khas.Terdapat juga restoran makanan Halal di pulau tersebut. Aktiviti bebas dipulau nami sehingga petang. Kemudian pulang ke Seoul untuk makan malam.

Hari 3 : Lawatan Bandar Seoul (SP,MT,MM)

Selepas bersarapan, melawat War Memorial Museum. para pelancong akan menikmati permandangan di Itaewon dan Namsan. Seterusnya, para pelancong akan melawat Masjid Seoul yang terletak di kawasan Itaewon. Para pelancong juga boleh membeli-belah di sepanjang laluan ke Masjid. Seterusnya pengalaman menaiki Bas Elektrik Seoul untuk ke Namsan tower yang merupakan Menara tertinggi di Korea. Makan malam dan pulang ke penginapan.

Hari 4 : Hari Membeli Belah Seoul (SP,MT,MM)

Selepas bersarapan, aktiviti membeli di Dongdaemon Market.Seterusnya,Namdaemun Market,kawasan cenderamata seperti Brooch,baju “I LOVE KOREA” dan keychain dan Myeongdong Fashion Street yang terkenal sebagai pusat membeli belah nombor 1 di korea. Makan malam dan pulang ke penginapan.

Hari 5 : Seoul – Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan aktiviti bebas di sekitar penempatan. Check out daripada penginapan dan bertolak ke Lapangan Terbang Incheon 4 jam awal sebelum masa penerbangan menggunakan Van Starex lengkap pemandu untuk memudahkan perjalanan anda. Tiba di lapangan terbang dan pulang ke Tanah Air.

Harga Termasuk

  • Penempatan (Guesthouse double or twin sharing bedroom)
  • Pengangkutan (subway, bus)
  • Tiket lawatan mengikut itineraries
  • Makanan halal 3 kali sehari (sarapan, lunch, dinner)
  • Tips guide

Harga Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan peribadi
  • Insurans
  • Lawatan selain daripada jadual perjalanan

Pakej Korea Backpackers

5 Hari 4 Malam
CODE Harga Mengikut Bil Dewasa SGL
2-3 4-6 7-9
IN RINGGIT 2260 1740 1470 RM360

Notis

  • Ini adalah Pakej Bajet dan menggunakan public transport dan guesthouse. Jika kurang sesuai untuk kumpulan anda sila gunakan pakej ekonomi atau pakej standard korea kami.
  • Pakej ini TIDAK TERMASUK tiket penerbangan. Anda harus beli tiket penerbangan anda sendiri atau pilih menu TARIKH untuk pakej termasuk tiket penerbangan.
  • Pakej ini tidak sesuai untuk senior citizen,bayi atau mereka yang mempunyai masalah untuk naik dan turun tangga.
  • Harga pakej ini mungkin berubah berdasarkan matawang terkini RINGGIT-KRW.

Cara Tempahan

  1. Pilih pakej yang sesuai dengan kumpulan anda.
  2. Isikan borang dibawah untuk mengetahui JIKA kami dapat menyediakan servis guide pada tarikh pilihan anda.
  3. Pihak kami akan reply dalam masa 24 JAM.
  4. Deposit boleh dilakukan selepas kami sahkan boleh menyediakan servis pada tarikh tersebut.

Setiap transaksi anda disertakan dengan invoice dan resit bayaran. Anda juga boleh menghubungi kami di 03-89575770 (office hour) untuk jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut.

Travelbug Booking Form

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Muslimtravelbug.com. Pakej ini tidak termasuk flight. Pihak kami hanya menyediakan ground arrangement untuk anda. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan, bantuan segera perbelanjaan pengkebumian, perbelanjaan perubatan, perbelanjaan hospital dan lain-lain yang berkaitan dengan liabiliti persendirian seperti kehilangan bagasi atau ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga.Oleh itu, Para peserta disarankan untuk mengambil insuran peribadi sepanjang berada di Seoul, Korea.

Back To Top