skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm
434508 Airasiaflight7

Review Penerbangan pilihan kami ke Korea

Tiket penerbangan sebenarnya merupakan kunci kepada bajet pelancongan anda. Jika anda berjaya membeli tiket murah,bukankah itu satu bonus untuk percutian anda. Kami akan kongsikan beberapa syarikat pilihan kami dan routes untuk ke Korea supaya anda sendiri dapat lihat dan bandingkan mengikut bajet dan keperluan anda.

 

AIRASIA (D7) 

Ramai yang sudah tahu, airasia sering kali menawarkan harga dan promosi yang terbaik untuk semua. Group kami banyak menggunakan airasia sebagai penerbangan ke korea kerana lebih mudah dan murah. Ketika promosi, anda sepatutnya boleh membeli tiket ke korea bermula RM400-RM800 (return). Bergantung kepada nasib, kami pernah uruskan pembelian tiket RM380 untuk 3 orang peserta pada mula-mula airasia buat promosi gila-gila beberapa tahun yang lepas. Range normal adalah RM900-RM1400 (Return). Airasia juga menggunakan penerbangan airbus yang besar dan selesa.

p395767113-4

Keburukkan menaiki airasia? Of course, salah satu perkara yang semua orang tahu, tiada entertainment set (LCD di seat) di flight D7 Airasia. Dan paling penting Luggage & Meals on board tidak termasuk didalam harga tiket penerbangan. anda harus tambah RM178 (return) untuk Luggage 20 KG dan RM30 (return) untuk nasi lemak. Apabila membeli pakej percutian, kami rekomen anda tanya tentang luggage & MOB tiket anda, kebanyakkannya tidak termasuk. Jadi pelanggan terpaksa tambah disaat terakhir (takkan tak bawa luggage ke korea? Nak pakai baju apa? hehe)

Iklan sekejap,untuk pakej-pakej korea muslimtravelbug, kami masukkan semuanya sekali 🙂

Takkan nak duduk 6 jam tak makan apa-apa kan? Jika nak lagi best. Mungkin anda boleh try flight seterusnya.

VIETNAM AIRLINES 

VIE_787-900

Vietnam Airlines mula popular kerana harga tiket yang rendah iaitu range RM900-RM1300 (untuk 2 hala). Bukan itu saja, luggage dan Meals on board juga termasuk didalam harga tiket ini. Selalunya tiket ini lebih murah daripada airasia kerana tiket airasia tidak termasuk luggage dan MOB. Anda harus bijak membuat sedikit perbandingan dan kira-kira.

TETAPI penerbangan ini akan transit di Hanoi ataupun Saigon. Terdapat banyak pilihan dan waktu transit juga boleh tahan. Anda mungkin akan transit daripada 2-8 jam bergantung kepada jenis penerbangan anda. Vietnam airlines juga menggunakan penerbangan kecil Boeing.

Satu lagi masalah penting penerbangan ini adalah makanan halal. MOB daripada Kuala Lumpur ke Saigon Atau Hanoi adalah halal namun untuk penerbangan daripada saigon/hanoi, MOB adalah tidak halal. Anda harus request sewaktu pembelian tiket untuk makanan muslim. Jika tidak, anda akan disajikan dengan makanan yang tidak halal. Untuk kes ini, ramai yang sudah terkena kerana tidak sedia maklum tentang hal ini. JIka anda membeli tiket daripada travel agensi, biasanya travel agensi akan request makanan muslim untuk anda.

MALAYSIA AIRLINES

Baru dapat bonus gaji? Kami 100% rekomen penggunaan Malaysia Airlines. Servis yang bagus, suasana kapal yang menarik dan lengkap dengan entertaiment set. Antara perkara yang kami suka adalah anda boleh request selimut secara percuma dan makanan selagi ada stok.

1368786810893-1

Range harga bagi tiket malaysia airlines adalah RM1400-RM1800 (standard price) dan mungkin lagi mahal jika pembelian last minit. Namun bagi kami, jika ada wang dan bajet, MAS adalah pilihan terbaik.

Selain itu, terdapat juga pilihan lain seperti Korean Airlines (direct flight), Cathay Pacific Airways (transit hongkong), Garuda Airlines (transit jakarta) namun disebabkan harga yang agak mahal. kami tidak rekomen pembelian tiket-tiket ini. Lagipun kami tidak pernah mencuba mana-mana flight ini.

Bagaimana dengan anda? apa pilihan terbaik?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top