skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
DSC 0318

Pengalaman Menarik! Pasar Ikan Terbesar Korea : Noryangjin

Pasar Ikan Noryangjin atau Noryangjin Fisheries Wholesale Market (노량진수산물도매시장) bermula sejak tahun 1927 lagi dan terletak di pusat bandar Seoul berhampiran Seoul Station. Pada tahun 1971, lokasinya telah dipindahkan ke kawasan tebing Sungai Han di pinggir Yeouido. Kini, ia adalah pasar makanan laut yang terbesar dan tertua di Korea dengan keluasan kira-kira 6,000 meter persegi khusus untuk makanan laut.

12nrj3
Apa yang menarik tentang kawasan yang sibuk ini ialah anda hanya perlu berkeliaran di atas lantai konkrit yang basah dari gerai ke gerai melihat tangki-tangki air penuh dengan pelbagai makhluk laut aneh yang anda mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini. Dalam tangki ini anda akan menjumpai ikan segar, sotong, udang, kerang, ikan salmon, tuna, udang, kupang, ikan pari, halibut, ikan kembung, ikan bilis, ketam biru, dan banyak lagi. Anda juga boleh berjumpa dengan makanan lautyang lebih jarang dijumpai dan mengikut musim seperti ketam salji dan siput laut.

crab_on_sale_at_the_noryangjin_fish_market14

Jika anda ingin merasakan pengalaman sebenar pasar ikan ini, anda perlu untuk datang awal pagi untuk menyaksikan pasar ini berada dalam waktu paling sibuk dan paling bising. Pada awal pagi sekitar jam 3 hingga 6 pagi, pemborong akan berebut ikan segar kerana ketika inilah lelongan pagi diadakan dan ketika inilah pasar ini hidup.

172610898³ë·®Áø ¼ö»ê½ÃÀå¿¡ Áß±¹°ü±¤°´ÀÌ Áõ°¡ÇÏ°í ÀÖ´Ù.141026.°­Á¤Çö »çÁøÀÇ °ü±¤°´Àº È«Äá

Jika anda berasa lapar dan ingin merasai pengalaman memakan makanan laut paling segar dalam hidup anda, anda boleh membeli makanan laut di sini dan diserahkan untuk dimasak kepada salah sebuah restoran di tingkat atas di sebelah utara kompleks. Dengan hanya lebih kurang 15,000 won untuk satu hidangan, anda boleh merasai pelbagai jenis masakan makanan laut ala Korea. Biasanya akan ada usher atau ajen-ajen restoran mengunggu ketika anda membeli bahan mentah di ruang utama pasar basah ini.

1614493238003_48a24b6dc5_o

Walaupun ini kawasan pasar ini merupakan kawasan yang sibuk, penjual-penjual di sini agak mesra kepada pelancong, walaupun pasar ini bukan tumpuan utama pelancongan di Korea Selatan, namun ramai pelancong yang datang ke sini untuk pengalaman tambahan.

kor2_1

Mungkin agak sukar dan memeningkan untuk memilih dan membeli sesuatu untuk makan apabila penjual tidak bercakap bahasa Inggeris dan anda sendiri tidak tahu apa makanan laut yang anda pilih. Namun segalanya tak akan menjadi masalah kerana mereka akan menggunakan isyarat tangan dan kalkulator yang menunjukkan anda harga. Jika harga yang terlalu tinggi, pergilah ke kedai lain, atau berpura-pura untuk pergi, mana tahu tuan kedai nak turunkan harga ^_^

 

Jom ke Korea dan rasai sendiri pengalaman di Pasar Basah Makanan Laut Terbesar di Korea Selatan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top