skip to Main Content
Menu

Pertama kali dengar tentang kami?

Muslimtravelbug Sdn Bhd adalah syarikat agensi pelancongan yang berdaftar dengan kementerian pelancongan (KPL8549). Laman web Muslimtravelbug.com asalnya dibuat oleh En Sadam di Seoul,Korea ketika menjadi pelajar disana untuk memudahkan pelancong muslim yang memerlukan servis pemandu pelancong sejak 2013.

Pada bulan March 2016, muslimtravelbug.com telah dikoperatkan menjadi Muslimtravelbug Sdn Bhd untuk memenuhi permintaan pakej percutian muslim yang boleh dipercayai,harga dibawah pasaran dan fokus pada kualiti servis muslim.

Siapa Ahli Muslimtravelbug?

Ahli kami terdiri 4 orang bekas pelajar malaysia di korea. Di Malaysia pula, 9 orang team pengurusan kami adalah mereka yang pernah bekerja dengan syarikat pelancongan lain. Kami juga mempunyai ahli yang pernah bekerja dengan syarikat gergasi pelancongan malaysia dan mempunyai pengalaman 4 tahun dalam bidang ini.

Kesemua ahli kami pernah ke luar negara untuk merasai sendiri pengalaman sebagai pelancong. Kami tahu dan yakin apa yang terbaik untuk anda.

Apa waktu operasi pejabat?

Waktu operasi rasmi kami adalah Isnin-Jumaat (9.00 am- 5.30 pm). Sekiranya anda datang diluar waktu ini, anda boleh buat temujanji dengan mana-mana team kami. Kami akan uruskan perjumpaan diluar untuk anda.

Apa servis yang disediakan?

Asalnya kami menyediakan servis pelancongan Muslim ke korea. Tetapi bermula 2017, ahli kumpulan kami yang berpengalaman telah menyediakan pakej ke destinasi luar negara lain setaraf dengan pakej syarikat gergasi pelancongan lain.

Dan kami yakin, harga kami lebih baik daripada mereka.

Kami juga menyediakan servis tiket penerbangan, visa pelancong dan pakej dalam negara.

Boleh ke peserta non-muslim ikut?

Yes boleh! Konsep kami adalah mudah. Muslimtravelbug.com adalah laman web yang fokus pada pakej kualiti muslim untuk memudahkan pengurusan pelancong muslim. Kebanyakkan pakej kami adalah berdasarkan kualiti menyediakan tempat solat dan makanan halal.

Ketika pelancong muslim solat, anda boleh berjalan-jalan disekitar masjid.

Apa itu pakej fullboard dan pakej ground?

Secara mudah, Pakej Fullboard bermaksud pakej pelancongan termasuk tiket penerbangan. Pakej Ground adalah pakej tanpa tiket penerbangan. Anda harus menguruskan tiket penerbangan anda sendiri.

Biasanya pakej ground adalah pilihan mereka yang telah berjaya dapatkan tiket penerbangan murah atau perlu bercuti pada tarikh spesifik.

Bagaimana saya nak tahu urusan ini selamat?

Muslimtravelbug Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar dengan SSM, MPSJ, Kementerian pelancongan, MATTA dan cukai GST. Kami telah mendapatkan lesen sebanyak yang boleh.

Anda juga boleh melihat senarai syarikat berdaftar di sini. Segala urusan bersama MTB hanya akan melalui akaun bank syarikat dan akan disertai dengan invois dan resit bayaran rasmi syarikat.

Kami rekomen anda rujuk rekomen daripada peserta-peserta kami di sini.