skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm
090908 P05 Muslim

Ramadhan Di Korea

Bulan ramadhan adalah bulan mulia yang sangat penting bagi umat islam sedunia. Bulan ini mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan yang lain antaranya pada bulan inilah Al-Quran diturunkan dan mempunyai satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan iaitu malam lailatul-qadr. Pada bulan ini juga umat islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.  Hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman berpuasa di Korea Selatan.

Tempoh Puasa

Berbeza dengan Malaysia, Korea selatan seperti kita maklum mempunyai empat musim dan pada tahun ini bulan ramadhan jatuh pada musim panas. Pada musim panas, siang lebih panjang dari waktu malam. Waktu subuh bermula seawal 3.15 am dan maghrib pada sekitar pukul 8 Malam. Menjadikan tempoh berpuasa di Korea selama 16~17 Jam.

11412370_1003440789700929_6498740092944489005_n

kredit: AMIR Korea

Iftar di Masjid

Tahukah anda, di Seoul Central Mosque Itaewon, setiap hari ada menyediakan buka puasa percuma untuk semua muslim yang hadir. Di sini, muslim dari pelbagai latar belakang akan duduk bersama menunggu waktu iftar. Kebiasaannya, muslim yang hadir akan di beri buah pisang atau roti untuk buka puasa secara ringkas dahulu. Selepas menunaikan solat maghrib baru juadah yang sebenar dihidangkan.

 1008170501

Solat Tarawikh

Alhamdulillah sekarang ini semakin ramai bilangan muslim di Korea. Masjid dan surau juga sudah bertambah banyak. Solat tarawikh berjalan seperti biasa di pelbagai lokaliti. Lebih menarik, kita boleh banyak berjumpa muslim dari perlbagai negara dan berkenal-kenalan. Cuma selepas tarawikh tiada moreh macam di Malaysia.

maxresdefault

Bazaar Ramadhan

Sebagai rakyat Malaysia yang belajar di sini, antara perkara yang saya rindukan semasa bulan ramadhan adalah suasana bazaar ramadhan. Kalau di Malaysia masa berbuka mesti kena ada kuih-muih senang sahaja beli di bazaar. Namun di Korea, cukuplah sekadar lauk bujang masak sendiri.

bazaar-ramadhan

 

Walau di negara manapun anda menyambut bulan ramadhan, bukanlah tempoh berpuasa yang panjang atau kekurangan makanan itu yang menjadi ukuran. Akan tetapi sejauh mana kita menghayati dan berusaha untuk mendekatkan diri kita pada Allah sepanjang bulan ini yang sebenarnya menjadi ukuran. Oleh itu, saya mendoakan semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik untuk saya dan para pembaca sekalian.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top