skip to Main Content
Menu
03-89575770 info@muslimtravelbug.com
Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm

Tips Penggunaan duit Korea Won

“Saya akan jadi kaya jika ke Korea” adalah tanggapan sesetengah pihak yang tidak mengetahui nilai duit matawang di Korea dan 100% salah.

 

3752984

Korea won merupakan matawang bagi Korea dan merupakan salah satu matawang yang kukuh di asia tenggara. Namun nilai korea won sering kali disalah anggap oleh sesetengah pihak yang pertama kali melancong ke korea.

Wang seperti 50000 WON dianggap ‘besar’ kerana matawang malaysia, lima puluh ribu itu cukup untuk beli sebuah kereta. Mungkin juga salah faham dengan nilai matawang indonesia, nilai Korea Won juga dianggap rendah seperti matawang indonesia.

3 KESALAHAN YANG BIASA DIBUAT OLEH ORANG MALAYSIA TENTANG KOREA WON

  1. Saya akan jadi kaya jika ke Korea adalah tanggapan 100% salah. Nilai korea won 3 kali ganda lagi besar daripada malaysia ringgit. Kami pernah mendengar cerita rakan kepada customer kami yang pergi ke korea dan hanya membawa 2 pasang pakaian. Kata-kata beliau adalah “saya akan beli baju di korea saja kerana saya bawa wang yang cukup”. Akhirnya  sehingga waktu balik,dia pulang dengan 2 pasang pakaian tadi kerana katanya, baju 3 kali ganda lagi mahal.
  2. “Saya tiada duit kecil, hanya ada 50000 KRW. Boleh pinjam duit kecil awak dulu?” Sering kali kami mendengar statement ini. 50000KRW dianggap duit yang besar walhal di korea, ianya umpana RM50 kita sahaja.
  3. “Saya tak guna duit syiling korea saya. Simpan je sebab tak dapat beli apa-apa”. Ini pun tidak betul. penggunaan duit syiling di korea adalah meluas. Nilainya 1 syiling size paling besar boleh beli minuman tin di malaysia.

 

Oleh sebab itu, kami sertakan beberapa contoh serta tips supaya anda boleh anggarkan nilai korea won sebenar. Jika anda faham, anda boleh mula buat bajet sebenar dan berapa duit yang anda perlu bawa ke Korea.

1000 WON= RM3.5

south-korea-1000-won

Kita boleh anggap ini adalah RM1 di korea walaupun nilai sebenar adalah RM3.5 Nilai 1000 won cukup untuk beli minuman tin,aiskrim dan stokin korea!
5000_won_serieV_obverse

Dianggap seperti RM5. Kita boleh beli coffee (starbucks,coffeebean etc) dan selonggok kecil strawberry di pasar.

10000 WON = RM35

south-korea-10000-won

Kita boleh beli sehelai pakaian tshirt perempuan. Masalah di Korea, jika anda datang musim sejuk, t shirt tak jual banyak. kebanyakkannya pakaian musim sejuk yang berganda-ganda lagi mahal. anggaran baju sejuk? 50000won-200000 won

50000 WON = RM175

4 R UMAX PL-II V1.5 [4]

Hampir sama dengan tiket masuk everland. Cukup untuk beli kasut biasa made in korea dan pakaian lelaki. Satu benda yang kurang best di korea. harga pakaian lelaki agak mahal. dalam lingkungan 30000 won- 50000won.

Tips untuk anda yang ingin datang ke korea adalah :

  1. Sentiasa tukar lebih daripada apa yang anda bajet kerana duit ringgit malaysia sangat terhad di korea. Ringgit tidak diterima di kedai-kedai korea dan amat sukar untuk menukar ringgit kepada KRW di korea. Lagipun jika anda ada wang lebih dan tukar semula ke ringgit setelah tiba di malaysia. Nilainya tidak jauh beza dan anda tidaklah membazir. Lebih baik bersedia daripada kehabisan wang, dan tak dapat beli buah tangan untuk orang tersayang. betul tak?
  2. Download APPS = xe currency untuk memudahkan anda mengira bajet.
  3. Bawa kad kredit. Korea sangat fleksible tentang penggunaan kad. Pembelian minima 1000 won juga boleh dibayar menggunakan kad kredit.
  4. Bawa beg kecil syiling. Kemungkinan anda akan ada banyak duit syiling setelah membeli di korea. Beli air tin gunakan duit tersebut.
  5. jika anda ada USD, bawa ke korea kerana nilai tukaran lebih tinggi dan mudah.

Dengan sedikit tips dan contoh ini, diharapkan anda lebih memahami nilai duit korea dan dapat bajet berapa yang patut anda bawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top