Di Malaysia kita amat kagum dengan kehebatan bangunan KLCC, buat pengetahuan anda terdapat banyak lagi bangunan yang unik dan mampu membuat mata anda terbeliak. Jika anda tidak percaya boleh lihat sendiri gambar di bawah bangunan-bangunan yang aneh ini.
1. Muzium Seni Kontemporari Niteroi (Brazil)
Muzium Seni Kontemporari Niteroi dibina pada tahun 1996 oleh Oscar Niemey. Bangunan ini merupakan salah satu mercu tanda dan bangunan paling penting di Brazil kerana seni binanya yang sangat aneh dan mampu menarik pelancong kerana keunikannya. Selain itu, jika anda lihat bangunan ini sangat pelek ada yang menyatakan seolah-olah kelihatan seperti berasal dari dunia lain atau dari luar angkasa. Ketinggian bangunan ini 16 meter serta mempunyai diameter 50 meter pada bahagian cupola (kubah bulat).
2. Dancing House (Czech Republic)
Dancing House merupakan satu karya seni bina yang sangat mengagumkan dan mempunyai pesona romantis tersendiri. Jika anda lihat seni bina bangunan ini kelihatan seperti sedang menari dan memeluk antara satu sama lain. Reka bentuknya menjadi persoalan kerana kelihatan sangat moden tidak tradisional seperti bangunan lain sedangkan ianya di bina pada tahun 1996. Ianya direka oleh Vlado Milunic dengan kerjasama Frank Gehry. Bangunan ini juga menjadi simbol buat kota Czech Republic.
3. Stone House (Portugal)
Rumah yang diinspirasikan daripada siri TV popular, Flintstone ini dibina diantara dua batu besar. Oleh kerana ianya amat popular, rumah ini telah diserang beberapa kali dan pemiliknya mengambil keputusan untuk memasang pintu besi dan tingkap kalis peluru. Hebat baq hang. Rumah batu pon orang serang.
4. The Crooked House, Poland.
Rumah bengkok di Sopot, Poland mempunyai struktur yang luar biasa dan menakjubkan. Ia dibina pada tahun 2003 dengan reka bentuk berdasarkan gambar-gambar Jan Marcin Szancer dan Per Dahlberg. Ia kelihatan seolah-olah diambil dari filem kartun. Walaupun ianya bengkok, tetapi keadaannya sangat simitrikal.
5. Forest Spiral – Hundertwasser Building, Germany
Forest Spiral ini telah disiapkan pada tahun 2000 dan ia adalah sebuah bangunan benar-benar menakjubkan dengan bumbung hijau dan menyerupai lingkaran. Warna-warna, pergerakan lingkaran reka bentuk keseluruhan bangunan adalah sangat bergaya dan membuatkan seluruh bangunan kelihatan cantik dan selesa untuk diduduki. Perekanya Friedensreich Hundertwasser, merupakan seorang artis dan ini menjelaskan sebab bangunan ini kelihatan seperti sebuah karya seni. Reka bentuk yang diimaginasikan beliau telah sempurna dilaksanakan menjadi bangunan oleh arkitek Heinz Springmann.
Menarik bukan, bangunan-bangunan di atas? Kalau menarik apa tunggu lagi segera masukkan nama tempat-tempat ini dalam log book travel anda. Untuk pengetahuan kesemua bangunan ini memang di cipta oleh arkitek yang memang terkenal di dunia, sebab itulah seni binanya sangat menakjubkan.
Jadi untuk menjadinya lebih hebat, apa kata anda membuat tempahan dengan kami Muslimtravelbug. Segala kepuasan kami janjikan kepada anda. Jika berminat sila Whatsapp di → pakej murah.