fbpx

5 hotel unik yang benar-benar wujud

Muslimtravelbug May 16, 2018

Hotel merupakan satu tempat penginapan yang selesa untuk didiami. Namun, pernahkah anda fikir ada hotel yang di bina di tempat yang orang tidak jejak dan tidak berani pun untuk ke sana. Oleh itu, untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut admin perkenalkan hotel-hotel ini kepada anda.

1. Tree hotel

Hotel ini khas untuk anda yang suka menonton filem Twilight kerana pemandangan yang sama sebijik dengan tempat sunting filem tersebut. Suasananya yang dingin dengan pohon-pohon dan suhu yang sejuk sangat menyamankan. Hotel ini memiliki keluasan 3 meter per segi dan menerapkan konsep UFO. Hotel ini memiliki satu tangga untuk anda menaikinya. Keindahan pemandangan hotel ini memang tidak boleh diakui lagi, so bagi korang yang suka suasana hutan boleh la berkunjung ke sana.

2. Bubble tree

Hotel ini memang sesuai untuk korang yang ingin menyaksikan matahari terbenam. Bilik hotel ini yang berbentuk sebuah belon dan sangat menakjubkan. Hotel in juga tidak tertutup kerana dindingnya yang lut sinar tetapi keluasan biliknya sangat selesa kerana kesemua keperluan cukup lengkap termasuk katil, tandas dan lain-lain.

3. The Manta Resort Pemba Island (Tanzania)

Hotel ini berada di tengah  laut. Anda boleh menyaksikan sendiri pemandangan di dasar laut seperti ikan-ikan, tertumpu karang. Hotel ini juga terkenal sebagai tempat terbaik untuk snorkeling. Hotel ini juga sesuai buat korang yang ingin berbulan madu kerana suasana yang privasi.

4. Hotel Skylogde (Peru)

Hotel Skylogde memiliki ketinggian 400-500 meter. Hotel ini tergantung di sisi tebing dan jika anda berada di dalamnya boleh menyaksikan keindahan Maccu Picu. Hotel ini sesuai dengan orang yang suka hiking kerana sebelum menginap di hotel ini anda perlu mendaki terlebih dahulu. Hotel ini juga agak luas dan selesa didiami untuk 3-4 orang satu bilik.

 5. Hotel Eskimo

Hotel ini mempunyai 20 biji di bawah tanah bersalju, memiliki bentuk seperti rumah orang Eskimo.  Atap hotel ini diperbuat daripada kaca dan membolehkan anda melihat bintang-bintang di malam harinya. Hotel Eskimo juga merupakan salah satu hotel terbesar di dunia. Namun, bagi korang yang tidak suka keadaan sejuk tak perlu kerana di hotel ada menyediakan sauna dan tempat pemanasan badan.

Hotel-hotel ini memang indah dipandang dan dapat menenangkan fikiran anda tetapi hotel ini juga hanya sesuai untuk orang yang berpendapatan tinggi. Jadi, anda yang suka bercuti tetapi duit tidak mencukupi tidak perlu risau kerana kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej istimewa kepada anda semua. Oleh itu, untuk  maklumat yang lebih detail boleh hubungi agen kami.

 

 

Leave a Comment