fbpx

5 pasar yang menjual barangan unik

Muslimtravelbug June 26, 2018

Pasar merupakan tempat kita membeli barangan keperluan harian dan sebagainya, namun berbeza kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda beberapa buah pasar yang menjual benda-benda pelik. Apa benda yang pelik tu??? Okay kalau nak tahu boleh baca penuh artikel ini.

1. Voodoo Fetish Market, Togo

Barangan yang di jual di sini benar-benar mengerikan, antara barangan yang dijual ialah kepala gajah, kaki gajah dan bahagian tubuh haiwan yang lain. Banyak kerangka haiwan-haiwan liar di sana. Kesemua barangan di jual adalah barangan ubat-ubatan dan kalau anda mencari makanan memang tidak ada dijual di sana. Masyarakat di daerah Togo juga percaya bahawa ubatan begitu dapat menyembuhkan penyakit.

2. Spiderville, Kemboja

Barang-barang yang dijual di sini seperti labah-labah tarantula. Haiwan-haiwan yang liar ini dijual dan dianggap sebagai makanan jajan bagi orang Kemboja. Ada antara mereka menyatakan makanan ini rasa seperti ayam.

3. Deyrolle, Paris

Deyrolle merupakan sebuah kedai yang menjual barangan pelik-pelik seperti kepala rusa, tulang haiwan, katak dan pelbagai jenis serangga yang agak unik. Di dalam kedai ini juga terdapat jasad haiwan yang telah mati kemudian telah diawetkan. Tokoh ini telah didirikan beberapa abad terdahulu.

4. Mercadado De Sonora, Mexico

Jika anda lihat barangan yang di jual pasar ini pastinya anda akan terkejut kerana barangan yang di jual sangat tidak masuk akal. Pasar ini menjual barangan pemujaan seperti patung untuk memanggil roh yang telah mati. Pasar sesuai untuk orang yang mengamalkan ilmu hitam dan kepercaya-kepercayan karut.

5. Gypsy Brides Market, Bulgaria

Pasar ini yang membuat para lelaki akan ke sana. Apa yang di jual ialah pengantin perempuan bersama ibunya, mereka telah di dandanan dengan cantik sekali. Apa yang menariknya seorang lelaki yang memilih pengantin ini dan telah disetujui oleh mak pengantin perempuan, mereka di benarkan membawa pulang wanita tersebut dan terus melangsungkan perkawinan. Anda boleh saksikan video di bawah.


Kesimpulannya, pasar ini memang tidak masuk akal tetapi memang wujud di dunia ini. Jadi bagi yang sedang mencari jodoh tu boleh la ke Bulgaria untuk membeli calon isteri.

Anda perlukan travel agensi dan masih tercari-cari agensi menawarkan harga menarik untuk melancong??? Jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej ini. Jika berminat boleh klik DI SINI.

 

Leave a Comment