fbpx

5 sebab anda perlu melawati Bosnia

Muslimtravelbug July 17, 2018

Bosnia Herzegovina bukanlah nama asing bagi rakyat malaysia, nama Malaysia pun sudah terpahat didalam jiwa kebanyakan muslim di Bosnia ini sebab bantuan tentera pengaman dari Malaysia ketika perang saudara 1992 hingga 1995 dahulu . Percaya atau tidak, hampir majoriti yang ke Bosnia bersama kami jatuh cinta dengan negara indah ini. Jadi admin ingin menyatakan beberapa 5 sebab kenapa anda perlu menjejaki kaki ke Bosnia.

1. Seakan-akan berada di zaman silam

Jika ke Bosnia, kita seperti dibawa kembali ke tahun 1990 semula. Kawasan bandar, senibina asal masih banyak yang terpelihara. Tidak sibuk seperti negara Eropah yang lain. Pemandangan sekitar, ‘tram’ tahun 1970 yang masih digunakan didalam bandar sarajevo. Macam filem Eropah 1980 hingga 1990. Suasana kebun kecil di belakang rumah beserta dengan sungai jernih yang mengalir di sekitar bandar Sarajevo. Kawasannya sangat tenang dan selesa.

2. Alam semulajadi yang masih belum diterokai

Industri pelancongan di sini masih terlalu baru, kawasan yang mendamaikan masih belum dipenuhi dengan pelancong luar. Terutamanya pelancong dari tanah besar China yang selalunya agak bising dan ‘behavior’ yang membuat anda rimas. Suasana di Bosnia amatlah cantik dengan daun menhijau, bergunung ganang, dicelah gunung ganang adalah sungai jernih berwarna hijau. Pemanduan disini pun sangat mengasyikkan, jarang anda tidak akan melalui lebuhraya.

3. Tanah yang penuh dengan sejarah

Sejarah zaman pemerintahan empayar Uthmaniah penuh sarat disini. Seni bina, sistem waqaf, masjid dan lain-lain. Kisah hitam perang saudara 1992 hingga 1995 juga masih segar disini, masih dapat lihat rumah yang dipenuhi kesan kerongsong peluru, bangguna yang berlubang lubang dari peluru kereta kebal. Sesiapa yang meminati sejarah, mengagumi empayar Uthamniah yang hebat dahulu, mahu meneroka kisah sebenar kota sarajevo dikepung lebih 2 tahun. Tanah Bosnia ini akan membuatkan jiwa anda yang hadir gembira, menangis, kagum malahan lebih bersyukur.

4. Pakej yang murah

Kalau korang pernah sampai ke Italy, Swiss, Sweden, Norway. Bosnia akan memberi kejutan besar pada pengembara kerana harga makanan di sana sangat murah berbeza dengan di negara Eropah yang lain. Jika makan di kebanyakan negara Eropah sekitar RM30 hingga RM 50 seorang, negara Scandinavia RM100 hingga RM 150 seorang. Kambing Fresh dipanggang 1kg RM50 aje dan anda boleh makan sehingga  2 hingga 3 orang makan. Jablanica, Bosnia memang terkenal dengan kambing bakar. Makan tak perlu dengan sos cicah, sos lada hitam. letak garam, masuk mulut.

5. Terokai destinasi menarik

Kedudukan Bosnia berada di tengah negara balkan, Mudah untuk ke negara yang lain untuk pengembaraan. Crotia, Albania, Romania, Montengro, Hungary dan Slovenia adalah negara akses mudah jika anda dari Bosnia.

Jika anda bercadang untuk ke Eropah boleh berkunjung ke Bosnia. Admin berani menyatakan bahawa memang rugi jika anda tidak ke sana. Pastikan anda telah mencatat Bosnia sebagai tempat wajib di kunjungi.

Jika anda masih mencari travel agensi dan tidak tahu bagaimana memulakan percutian. Jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan harga dan pakej menarik kepada anda. Jika berminat boleh hubungi kami di KLIK SINI.

Leave a Comment