skip to Main Content
5 Tempat Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Tumpuan Para Pelancong

5 tempat paling berbahaya di dunia tetapi menjadi tumpuan para pelancong

Kebiasaannya, bagi kaki travel mereka akan mencari tempat menarik untuk melancong , berbeza kali ini admin akan memperkenalkan beberapa tempat berbahaya yang sering menjadi tumpuan kaki travel. Tempat-tempat ini memang khas untuk kaki travel yang sukakan cabaran.

1. Trolltunga

Trolltunga yang membawa maksud “lidah troll” dalam bahasa Norway, terletaknya di kawasan Hordaland, Norway. Ketinggiannya 800 meter dari aras laut. Trolltunga adalah tempat sesuai bagi kaki hiking dan sukakan cabaran lasak. Selain itu, gunung ini juga merupakan lokasi pelancongan paling popular di Norway hampir 80 ribu pengunjung pada setiap tahun. Bagi mereka yang berani boleh menikmati  pemandangan yang indah di bawahnya adanya tasik Ringeldalvatnet. Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang penghadang keselamatan di situ menjadikan tempat ini paling bahaya di dunia.

2. Running of the Bulls (Tradisi Nasional Sepanyol)

Encierro adalah tradisi di mana kita harus melarikan diri dari dikejar oleh lembu jantan yang mengamuk. Kebiasaan tradisi ini mendapat sambutan di semua tempat di Sepanyol tetapi bagi kita yang tidak biasa dengan keadaan ini menganggap tempat begini amat berbahaya. Encierro paling popular diadakan di Pamplona selama festival San Fermín. Rute ini berjarak sekitar 1.6 kilometer, dan semua orang termasuk pelancong boleh turut serta. Encierro bermula selepas ledakan mercun, dan kemudian kawanan lembu jantan akan dibebaskan dan para peserta melarikan diri dari mereka.

3. Gunung Mayon, Filipina

Gunung Mayon di daerah Bicol, Filipina merupakan sebuah gunung berapi aktif dan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal di Filipina. Ketinggian gunung ini adalah 2463 meter. Gunung ini menjadi destinasi yang sangat popular walaupun berisiko tinggi. Malah isu tanah runtuh sering berlaku di daerah ini. Pada 2013 gunung Mayon pernah mengalami letupan kecil lalu menyebabkan 5 orang pendaki mati dan 7 cedera.

4. Death road

Salah satu destinasi pelancongan popular di Bolivia adalah Jalan Utara Yungus atau dikenali sebagai “Jalan Kematian”. Keadaan jalan ini amat sesuai dengan namanya, kerana ia sangat berbahaya untuk dilalui, kira-kira 300 kematian pelancong setiap tahun berlaku di jalan ini. Ia adalah kerana jalan raya sejauh 43 batu dan terletak pada ketinggian 2,000 kaki, ia tidak mempunyai pemandu jalan yang menghalang pemandu atau kereta daripada jatuh dari tebing. Tetapi di sebalik bahaya, tempat ini mempunyai pemandangan yang sangat indah dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong untuk melihat pemandangan di sini.

5. Banzai Pipeline (Hawaii)

Pulau Hawaii terkenal dengan ombak yang besar, ia tidak boleh dilupakan pulau ini adalah pulau syurga bagi para pelayar. Salah satu yang paling terkenal adalah Paip Banzai, tempat ini mempunyai gelombang yang sangat ganas, gelombang dengan ombak besar yang retak di perairan melanda karang yang luas. Kerana banyak pelayar dari Amatur yang berpengalaman untuk menakluk ombak di sini. Dan tentu saja kerana gelombang ganas pelawat banyak yang kehilangan nyawa di Banzai.

 

Kesimpulannya, tempat di jadikan destinasi pelancongan tetapi anda harus berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri. Oleh itu, untuk memastikan keselamatan anda terjamin pastikan anda ke tempat-tempat pada waktu yang sesuai maknanya jangan pergi ketika musim hujan atau salji kerana risiko nyawa amat tinggi.

Bagi korang yang tidak suka dengan tempat-tempat berbahay ini jangan risau Muslimtravelbug ada menyediakan tempat yang selamat dan sangat cantik untuk bercuti. Jika anda berminat boleh lihat laman web kami di Muslimtravelbug web. Jika anda berminat boleh hubungi kami di pakej murah Muslimtravelbug.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.