fbpx

5 tempat rahsia tersembunyi yang anda tidak tahu

Muslimtravelbug May 28, 2018

Admin nak kongsikan kepada anda beberapa tempat rahsia yang mungkin anda tidak mengetahuinya. Malah tempat ini sering anda kunjungi tetapi anda tidak mengetahui di sebalik bangunan atau negara yang gah ini ada tempat menyedihkan dan mengerikan. Antaranya ialah:

1. Air Terjun (Gua Roh Jahat) , Niagara

Niagara adalah air terjun terbesar di garis pertengahan nasional antara negara Amerika Syarikat dengan Kanada.  Di tebing air terjun yang mengalir terdapat sebuah gua kecil yang disebut sebagai gua roh jahat.  Menurut lagenda India beribu tahun dahulu ada makhluk jahat yang terperangkap dalam gua ini. Sejak daripada peristiwa itu, sesiapa sahaja yang pergi ke gua itu akan di sumpah mendapat bencana dalam kehidupannya.

2. Gunung Rushmore

Pemandangan dari atas  gunung sangat menarik dan memang cantik untuk dijadikan background gambar. Gunung ini terletak di Amerika Syarikat. Namun, gunung ini ada beberapa cerita di sebaliknya. Di sebalik gunung ini adanya ukiran kepala tokoh-tokoh terkenal terdahulu. Gunung ini diukir oleh Gutzon Borglum, seseorang yang berketurunan Denmark-Amerika bersama dengan anak lelakinya, Lincoln Borglum, ukiran sepanjang 60 kaki (18 meter) itu memaparkan kepala empat orang bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln (dari kiri ke kanan).

Di atas kepala Abrahan Lincoln terdapat satu gua yang tersimpan pelbagai dokumen milik Amerika Syarikat. Ianya dijadikan sama seperti muzium untuk dijadikan tempat penyimpanan khazanah-khazanah penting.

3. Terowong di Las Vegas

Las Vegas merupakan kota terkenal dengan tempat perjudian dan kota hiburan dunia. Namun, di sebalik kota yang mewah dan sosial ini terdapat perlindung bagi penduduk homeless. Dibawah Las Vegas terdapat lingkaran terowong sepanjang 200 batu yang digunakan sebagai mengalirkan air hujan ketika banjir. Orang ” homeless” ini menjadikan terowongan sebagai tempat tinggal siap huni. Kebanyakan mereka yang tinggal dibawah tanah ini karena telah kehilangan tempat tinggal, masalah tagihan dan hutang, atau hilangnya pekerjaan utama mereka karena krisis perusahaan.

 4. Penjara, Istana Doge di Venice Itali

Istana Doge terbinanya gah sejak beribu tahun dahulu. Istana ini menjadi lambang kemakmuran dan kekuasaan negara Itali. Namun, tidak banyak orang tahu dibawah istana ini terdapat sebuah penjara digunakan untuk menahan para lelaki kasanova pada zaman dahulu.

5. Apartment, menara Eiffel.

Sebut sahaja menara Eiffel Tower sememangnya ramai yang kenal dan teringin ke sana tetapi tidak ramai tahu terdapatnya sebuah Apartment di atas menara ini. Dengan ketinggian 324 meter, menara ini mempunyai 3 tingkat, di tingkat ini lah terdapat sebuat Apartment yang di bina oleh Gustave untuk dirinya sendiri. Apartment ini tidak lah begitu mewah tetapi cukup dengan segala barang keperluan seperti katil, perabot, piano dan lain-lain. Kertas dinding ini juga dihiasi dengan cat dinding yang suasana tenteram.

Bagaimana, menarik tak tempat-tempat yang admin kongsikan??? Buat pengetahuan anda beberapa tempat ini terpaksa ditutup kerana bimbang akan persekitannya yang tidak sihat. Tapi tidak perlu risau jika anda teringin juga melihat tempat ini secara “live” anda boleh menggunakan pakej kami di Muslimtravelbug. Semua pakej yang menarik kami tawarkan kepada anda.

Dengan hanya bayaran deposit  RM 100 anda boleh melancong ke luar negara!!! Biar betul??? Yer memang betul kami ada menyediakan pakej menarik ini sepanjang bulan Ramadhan. Jika berminat boleh hubungi di pakej Murah.

Leave a Comment