Makanan Syubhah bererti perkara yang was-was dalam melakukan sesuatu perkara, dengan kata lain tidak pasti sama ada halal atau haram. Sebagai seorang muslim kita di wajibkan memakan makanan yang halal kecuali ketika darurat. Oleh itu, disini admin akan kongsikan 6 tips untuk elak makanan syubhah ketika melancong:
1. Zaman sekarang ni mudah kerana semua benda kita boleh cari di internet. Sebelum travel, pastikan anda membuat sedikit research mengenai tempat yang ingin dikunjungi.

2. Sekiranya tempat yang ingin dituju tu tidak mempunyai restaurant halal, boleh cuba cari restaurant yang menyajikan hidangan untuk vegeterian atau pun Indian Restaurant. Kebanyakan Indian Restaurant tidak menghidangkan daging, mereka hanya menghidangkan makanan laut. Jangan pula kita memesan makanan yang berasaskan ayam ya.
3. Cari Masjid , Islamic Centre ataupun Malaysian Hall. Kebiasaannya, disekitar kawasan ini turut mempunyai restaurant makanan halal. Sebagai contoh, ketika berkunjung ke Tokyo Camii, Jepun. Terdapat beberapa kedai yang menyajikan makanan halal disekitar Masjid.

4. Bawa makanan dari Malaysia dan masak sendiri. Setiap pagi sebelum keluar untuk berjalan, pastikan anda masak dan tapau. Untuk yang travel selama 2-3 minggu mungkin boleh guna cara ini. Tetapi kalau yang travel untuk jangka masa yang agak lama ataupun yang menetap di sesuatu tempat yang majoriti penduduknya bukan beragama islam, mungkin cara ini tidak sesuai.

5. Beli bahan mentah di pasar raya dan memasak. Tips ini sesuai untuk yang travel dalam jangka masa yang lama atau yang menetap di overseas.

Kesimpulannya, walaupun kita tengah seronok bercuti tetapi sebagai seorang muslim kita mesti mengikuti segala syariah agama yang telah ditetapkan. Oleh itu, admin ingin mengingatkan kepada anda supaya berhati-hati ketika memilih makanan semasa bercuti. Tapi jika anda masih tidak yakin untuk pergi travel sendiri boleh buat tempahan dengan agensi kami di Muslimtravelbug. Kami akan memastikan segala makanan yang anda makan adalah halal dan kami juga akan mencari restoran makanan halal kepada anda. Jadi jika berminat anda boleh hubungi kami di Muslimtravelbug.

