skip to Main Content
5 Tips Lindungi Bagasi Daripada Dipecah Atau Dibuka

5 tips lindungi bagasi daripada dipecah atau dibuka

Kebelakangan ini kerap berlaku kejadian “luggage” dan beg pecah dan dibuka semasa “check in” di airport. Susulan kejadian sebagai individu yang kerap atau suka travel ke luar atau dalam negara ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk keselamatan bagasi.

1. Guna luggage yang tiada zip atau “zipperless luggage

Beg yang berzip memudahkan lagi pencuri untuk menyelongkar barangan anda dengan hanya menggunakan “ball point pen”. Malah beg yang diperbuat daripada fabric senang digunting dan dipotong.

 

Kelebihan manggunakn “zipperless luggage” adalah begnya yang tahan lasak, sukar ditebuk dan tidak mudah pecah.  Terdapat pelbagai jenama yang anda boleh dapati antaranya ialah Samsonite, Rimowa, Tumi dan lain-lain. Beg ini ada dijual di “mall-mall” utama.

2. Gunakan pembalut plastic untuk membalut “luggage

Gunakan plastic mesra alam dan pastikan plastic yang digunakan disahkan oleh syarikat penerbangan. Biasanya syarikat penerbangan ada menyediakan pembalut beg tetapi dikenakan cas bayaran. Better anda menyediakan sendiri pembalut dirumah

 

Kos Membalut Bagasi:

Disini saya kongsikan dengan ringkas kos yang perlu anda bayar untuk keselamatan tambahan barangan didalam bagasi anda.

 


3. Boleh juga menggunakan backpack untuk travel

Beli jaring beg yang diperbuat dari kabel yang kebal. Namanya ialah “steel mesh” yang kelihatan seperti jala ikan. Jaring kabel ini juga boleh kamu kunci di kerusi bas atau keretapi menyukarkan lagi beg kamu daripada dicuri. Jenama yang bagus untuk backpack adalah PacSafe.

Kalau tak mampu masih boleh balut backpack dengan plastic pembalut tadi. Cuma bila kamu dah buka sekali kena balut dengan plastik baru. Dah dapat idea untuk lindungi backpack dengan cara steel mesh ini kamu dah boleh buat sendiri guna bahan-bahan tahan lasak tapi murah yang boleh dibeli di kedai perkakas.

4. Beli dan guna “luggage strap

Kalau boleh beli yang boleh “double cross”. Tali ini boleh dibeli di kedai beg atau atas talian. Beli yang guna kombinasi nombor, bukan yang buckle. Di Lazada ada jual juga jenis ini.

5. Bawa ‘cable/zip tie’

Ia boleh digunakan untuk ganti manga atau kunci bila mangga hilang. Dan bila zip beg tiba-tiba putus, benda ini boleh dijadikan pemegang zip beg anda untuk sementara waktu. Ia agak sukar dipotong terutama bila dipasang ketat.

Ini boleh dibeli di kedai perkakas atau atas talian. Benda ini memang tak dapat 100% halang pencuri jadi jangan guna semata-mata. Ini cuma untuk backup.

Kalau boleh gabungkan penggunaan beberapa atau semua benda ini, jangan bergantung pada satu cara saja. Lebih baik buat persediaan dari tak buat langsung.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.