fbpx

5 tips penting ketika melancong bagi wanita muslim

Muslimtravelbug June 4, 2018

Travel perkara yang boleh membuat semua orang gembira khasnya pada para wanita. Kalau tidak percaya cuba ajak isteri, ibu atau adik perempuan korang mesti senyum sampai ke telinga. Anda akan saksikan perubahan mood mereka serta-merta. Walau bagaimanapun, tidak ramai wanita yang bijak dalam membuat persediaan untuk travel. Jadi admin kongsikan bagaimana persediaan awal atau apa barang yang patut anda bawa ketika hendak travel.

1. Buat list barangan dan double check

Senaraikan baranagn yang hendak di bawa ketika travel dan pastikan anda check balik barang yang telah di packing.  Jangan terlalu confident yang anda boleh mengingat semua perkara tanpa membuat catatan. Bayangkan sekiranya charger phone anda tertinggal! Pasti sepanjang percutian itu menjadi hambar dan merosakkan mood percutian anda. Justeru, buat checklist seawal 2 hari sebelum hari percutian anda.

2. Trick packing pakaian

Tahukah anda, wanita cenderung untuk membawa pakaian melebihi keperluan? Urusan kemas-mengemas segala keperluan pakaian juga mungkin memakan masa sehingga penuh satu bag. Bagi mengelakkan perkara sedemikian, pertamanya anda boleh mempraktikkan dengan membawa pakaian yang boleh diulang pakai seperti skirt dan palazzo. Selain itu, anda juga boleh membawa jubah atau dress untuk mengurangkan kuantiti pakaian yang perlu dibawa.

3. Pastikan bawa hair dryer

Pastikan anda membawa HAIR DRYER jika anda berambut panjang terutamanya sebagai persediaan. Adakalanya terdapat Hotel atau Resort yang tidak menyediakan Hair Dryer sebagai item kelengkapan mereka. Sudah pasti anda pasti tidak selesa jika bersiar-siar dengan rambut yang lembap, ia juga akan menyebabkan kegatalan. Percayalah, ada masanya anda perlu bersiap cepat sekiranya pasangan anda dah tarik muka atau mula berleter untuk pergi bersiar-siar. Anda juga pastinya tidak mahu tentatif travel anda terganggu hanya disebabkan masa bersiap yang lama bukan?

4. Pilihan saiz barang

Bijak dalam pemilihan saiz barang. Lihat kesesuaian saiz toiletries (colgate, shampoo dan shower cream) dengan tempoh percutian anda. Di samping itu, pemilihan saiz bagasi juga mempengaruhi barangan yang bakal dibawa. Semakin besar saiz bagasi, semakin banyak keperluan dimuatkan ke dalamnya. Justeru, pilihlah saiz yang sederhana untuk mengelakkan terlebih muatan. Selain itu, anda juga perlu memastikan ada ruang kosong dalam bagasi, ini bukan apa senang untuk anda mengisi barang hasil shopping semasa travel.

5. Jadi “organized”

Pastikan setiap barangan/ keperluan yang dibawa mudah dicapai dan disusun rapi. Pakaian anda boleh digulung rapi di dalam bagasi. Charger handphones, supplements dan produk kecantikan anda pula boleh disimpan di ruangan kecil pada bagasi. Jangan lupa bawa Elysian Booster Serum sebagai perlindungan kecantikan dan lembapan kulit anda sepanjang tempoh bercuti! Asingkan toiletries ke dalam bag pack.

Baiklah, sampai di sini sahaja yang dapat admin kongsikan kepada anda. Kongsikan tips ini kepadan sanak-saudara dan rakan-rakan anda. Semoga segala tips yang dikongsikan dapat membantu anda ke arah percutian yang menyenangkan.

Bagi memudahkan lagi urusan anda semasa travel admin cadangkan anda membuat tempahan di Muslimtravelbug kerana moto kami adalah segala kepuasan anda adalah tanggungjawab kami. Jika anda berminat boleh klik di sini → pakej istimewa.

 

Leave a Comment