Turki merupakan negara yang patut anda pergi. Bandar ni paling senang nak travel dan explore dan sebagai orang Islam, tak perlu pening hal makanan sebab Turki adalah negara yang mempunyai majoriti rakyat Islam. Turki juga merupakan negara yang sangat popular sebagai destinasi pelancongan. Boleh kata seluruh pelusuk Turki ada tempat untuk pelancong pergi dan lawati. Oleh itu, admin mencadangkan beberapa perkara yang patut anda lakukan semasa berada di Turki.
1. Buat pertukaran wang di Malaysia sebelum ke Turki
Kalau boleh tukar duit Lira (TRY) di Malaysia tetapi anda hendaklah memeriksa ‘current rate’ Ringgit ke Lira. Jangan bazirkan masa tukar mata wang Euro kerana nanti anda terpaksa buat pertukar sekali lagi ini menyebabkan anda terpaksa membuat bayaran tukaran dua kali. Ada money changer di Grand Bazar yang menerima Ringgit, tapi itu cerita dekat sana lah. Kadang-kadang rate dekat sana lagi bagus sebab ikut hukum supply and demand. Changer kat sana mungkin mahu simpan Ringgit, jadi mereka sanggup bayar pada kadar yang lebih bagus berbanding kalau tukar dekat sini.
2. Membeli-belah di Grand Bazar
Grand Bazar ini memang menarik kerana terdapat lebih 4000 kedai di dalamnya dan 61 lorong di dalamnya. Namun, bila anda berada di dalam Gran Bazar, anda perlu bijak menawar harga kerana harga barang yang dikenakan mengikut harga tours. Tips yang patut anda turuti adalah tawar 50% dari harga barang yang ditawarkan. Antara barang yang dijual adalah shawl, prcelain iznik(pinggang mangkuk design embossed), glass lamp, turkey tea set, carpet dan banyak lagi. Harga yang dijual berpatutan tetapi anda perlu bijak memilih kerana kebanyakan harga yang ditawarkan berbeza di setiap kedai.
3. Naik feri untuk mengelilingi Price Island
Kalau anda ke Istanbul memang wajib menaiki feri kerana harganya sangat murah. Kos perjalanan pergi balik hanya RM4.70 dengan perjalanan sehala selama 90 minit untuk pergi ke Prince Island atau Buyukada. Anda boleh melihat keindahan alam sekeliling yang dipenuhi lampu-lampu yang unik dan lagi menarik apabila di waktu malam kerana ianya seakan-akan anda melihat bintang di langit.
4. Mudah dapatkan makanan halal
Turki merupakan negara yang majoritinya Islam. So anda tidak perlu risau tentang makanan disini. Malah, makanan disini lebih murah berbanding di Malaysia kerana food portion dekat Turki ini besar, anda boleh kongsi dua orang. Satu meal serendah RM13 dengan positon makanan yang sangat banyak. Kebanyakan makanan seperti daging, ayam, kambing panggang dan kebab. Admin cadangkan kepada korang lebih baik beli makanan yang dijual di street food berbanding di restoran-restoran kerana harganya sangat berbeza. Jika korang nak jimat bolehlah guna tips ini kerana rasa makanan yang dijual lebih kurang sama sahaja.
5. Tempat yang wajib pergi Cappadocia
Cappadocia merupakan tempat yang anda patut masukan dalam log book sebagai tempat wajib pergi. Tempat ini adalah salah satu natural world wonder dan sangat uni, jadi korang tak pergi memang menyesal. Dalam tour nanti anda akan dibawa ke kedai jual barangan tembikar sebab mereka ada industri pembuatan barangan tembikar di Cappadocia. Guide akan cakap anda boleh dapat 75% off daripada harga yang dipamerkan dan harga itu untuk pelancong lain yang datang secara walk in.
Istanbul dan negara Turki secara am nya bukanlah destinasi pergi sekali dah cukup. Terlalu banyak tempat menarik, bandar dan lokasi bersejarah yang boleh di lawati. Admin yakin bagi mereka yang dah pernah melawat kota ni, mesti akan datang lagi
Admin ingin menyatakan bahawa Standard of living dekat Istanbul lebih tinggi berbanding Malaysia, namun, jadi kosnya tidak semahal bandar Eropah. So, admin nak bagi tips jika korang nak jimat travel elakkan daripada keluarkan duit untuk perkara yang tak perlu, memang perlu ada perancangan rapi sebelum travel seperti melancong secara berkumpul. Muslimtravelbug ada menawarkan pakej travel berkumpul kepada anda, jika berminat boleh Whatsapp ke agen kami.