skip to Main Content
6 Jenis Makanan Yang Paling Mahal Di Dunia

6 jenis makanan yang paling mahal di dunia

Makanan merupakan ruji harian kita untuk meneruskan kehidupan seharian. Tetapi, bagaimana jika harga makanan yang  dibeli sangat eksklusif dan sangat mahal, sehingga kita perlu menghabiskan berjuta-juta dolar? Jadi admin memperkenalkan beberapa jenis makanan yang mahal kepada anda.

6. Caviar

Caviar merupakan telur ikan, bukan telur ikan yang dijual di pasar-pasar. Ia merupakan telur ikan yang datangnya dari ikan Sturgeon Putih yang terletak di laut Eurasia. Caviar banyak jenis tetapi yang paling mahal ialah black caviar. Manakala harganya ialah untuk 1kg ialah RM136,000.

5. Kopi Luwak

Kopi Luwak merupakan kopi termahal di dunia kerana harga 1kg mencecah RM400 hingga RM2000. Kalau anda hendak tahu kopi ini dating daripada tahi musang. Musang ini dikenali sebagai Luwak. Kebanyakan musang Luwak ini mati akibat tidak mendapat diet yang betul.

4. Pizza Royal 007

Di New York seorang chef yang bernama Domenico Crolla telah mencipta sekeping pizza bersaiz 12 inci menggunakan ramuan-ramuan termahal di dunia. Di inspirasikan dari filem-filem James Bond. Ramuan-ramuannya adalah dari daging rusa, caviar yang direndam samsu (sejenis arak) dan udang karang yang di perap dengan arak wine, malah Crolla turut menabur daun emas di atas pizza. Harga pizza ini adalah antara RM15,000 hingga RM16,000 sebiji.

3. Mee Sup An Qi Pho

Nampak macam ramuan biasa tapi An Qi Pho sangat berbeza dengan mee sup biasa kerana mee yang ini diperbuat daripada daging udang karang yang di hiris nipis. Resepi ini juga menggunakan daging lembu yang termahal di dunia, dan supnya pula menggunakan Foie Gras(hati itik termahal di Perancis), kecuali tauge. Harganya pula lebih kurang USD5000.

 2. Telur Dadar Zillion Dollar Lobster Frittata

Telur Dadar Zillion Dollar Lobster Frittata  merupakan menu hotel 5 bintang di Amerika Syarikat. Menu yang di gunakan ialah 6 biji telur, daun kucai, caviar dan lobster. Harganya USD 1000.

1.Luxe Gold Cupcake

Cupcake ini diperbuat daripada jam Champangne dan buah peach. Manakala bahan yang di luar pula di perbuat daripada wine mahal, coklat yang dipaluti dengan emas 24 karat yang boleh di makan. Harganya pula USD 1300.

Kesimpulanya, mungkin anda menganggap ini adalah satu pembaziran tetapi dari sudut positif anda boleh lihat satu nilai seni yang kreatif dan sudah semestinya target mereka adalah hartawan yang kaya raya. Jadi kalau anda berkemampuan dan teringin  makan kesemua jenis makanan ini anda terpaksa pergi ke luar negara kerana di Malaysia tidak ada yang jual kesemua makanan ini.

Anda perminat untuk melancong ke luar negara? Tiada pakej istimewa yang di tawarkan? Jangan risua kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej istimewa kepada anda. Jika berminat sila KLIK DINI. Jika anda berminat melihat pakej-pakej yang di tawarkan boleh  KLIK DISINI.

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.