Jepun merupakan sebuah negara maju dan menjadi salah satu negara tumpuan para pelancong. Memang tidak dinafikan setiap orang yang suka melancong akan senaraikan negara Jepun sebagai tempat wajib pergi. Oleh itu, admin kongsikan beberapa tips kepada anda yang ingin melancong ke Jepun dan masih lagi berfikir ke mana hala tuju apabila menjejaki kaki ke Jepun.
1. Berjalan kaki menyeberangi Shibuya
Shibuya dikenali sebagai tempat persimpangan menyeberang dalam lautan manusia. Persimpangan seperti Shibuya Crossing yang juga dikenal sebagai penyeberangan pejalan kaki menyeberang diagonal atau eksklusif. Perebutan persimpangan di Shibuya Hachiko Square, dilaporkan pejalan kaki tersibuk di dunia persimpangan. Ini dikelilingi oleh layar video, yang memberikan efek kesibukan yang begitu sangat terasa.
Tempat penyeberangan ini terkenal dengan berbagai papan reklame dan video dengan layar besar. Berbagai truk promosi yang diisi dengan papan reklame yang terang menyala melingkari penyeberangan secara berulang-ulang. Dapat dikatakan bahawa lebih dari 1 juta orang menyeberang di persimpangan Shibuya pada setiap hari. Pada waktu tertentu seluruh arah persimpangan ini juga sangat sibuk, terutama pada saat hujan ketika semua orang menggunakan payung. Jadi admin cadangkan anda pergi melihat sendiri bagaimana suasana yang digambarkan.
2. Bersiar-siar di Shinjuku.
Shinjuku merupakan sebuah bandar yang menerima ramai pengunjung dan juga tempat untuk merasai budaya Jepun. Di sini terdapat banyak lokasi yang wajib dikunjungi. Antaranya adalah kawasan tumpuan membeli-belah seperti pasaraya dan kedai barangan elektronik, kawasan hiburan seperti di Kabukicho, dan lain-lain lagi.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan taman-taman ala Jepun, Inggeris, dan lain-lain lagi di Shinjuku Gyoen dengan hanya berjalan sedikit sahaja dari Stesen Shinjuku. Lokasi yang terkenal dengan pohon Sakura ini juga turut menerima pengunjung hanami (tradisi Jepun dalam menikmati keindahan bunga Sakura) yang ramai pada musim bunga. Ianya dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang, dan dikenakan bayaran masuk sebanyak 200 JPY.
Selain itu, anda boleh ke Lorong Shinjuku-dori yang menempatkan pelbagai kedai fesyen terkenal wajib dikunjungi ketika membeli belah di Shinjuku. Jika ingin membeli cenderamata berbentuk barangan makanan, anda disyorkan untuk berkunjung ke tingkat 1 bawah tanah di bangunan utama pasaraya ISETAN. Terdapat pelbagai pilihan di pasaraya ISETAN ini, antaranya adalah makanan Jepun seperti wagashi (kuih tradisional Jepun) dan teh Jepun, kedai-kedai chef pastri terkenal di sudut manisan dan lain-lain lagi. Bento (makanan bekal) dan lauk-pauk turut dijual di sini, sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tengah hari.
3. Layari pasar ikan Tsukiji.
Pasar Ikan Tsukiji adalah pasar borong ikan terbesar di dunia, dan terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang sukar anda dapati. Pasar ini dibuka pada 9 pagi dan lebih daripada 400 jenis makanan laut seperti rumpai laut, ikan sardin 300 kg, ikan tuna dan spesies ikan paus kontroversi. Bilangan pekerja pada 25 Januari 2010 seramai 65 000 orang termasuk pemborong, akauntan, pelelong, pegawai-pegawai syarikat, dan pengedar.
Selepas membeli belah di pasar anda boleh menjamu selera di restoran yang berada di luar pasar tersebut. Terdapat pelbagai makanan termasuk sushi segar.
4. Pergi membeli-belah di Harajuku.
Harajuku merujuk kepada kawasan sekitar Stesen Harajuku Tokyo, yang terletak di antara Shinjuku dan Shibuya di Laluan Yamanote. Ia adalah pusat budaya remaja yang paling ekstrem di Jepun dengan gaya fesyen pelik, tetapi juga menawarkan tempat membeli-belah untuk orang dewasa dan beberapa tempat-tempat bersejarah. Tumpuan utama budaya remaja Harajuku adalah Takeshita Dori (Takeshita Street) dan jalan-jalan yang dipenuhi oleh banyak kedai-kedai bergaya, butik fesyen, kedai pakaian terpakai dan restoran makanan segera yang berkonsepkan fesyen dan trend remaja sekarang.
5. Bersiar-siar di Ueno Park.
Jika sebut sahaja simbol Ueno Koen, pasti akan terbayang patung gangsa orang membawa anjing yang terdapat di pintu masuk taman. Ianya merupakan patung Saigo Takamori, seorang samurai terkenal yang bergiat aktif pada abad ke-19. Oleh kerana Saigo gemar membawa anjing kesayangannya berburu, patung ini telah direka berdasarkan imej tersebut.
Ueno Koen merupakan lokasi hanami (melihat bunga) yang mempunyai lebih kurang 1,200 batang pokok sakura. Ueno Koen pada asalnya merupakan tapak kuil Buddha iaitu Kai’ei-ji. Dikatakan bahawa individu yang membina Kan’ei-ji ini telah membawa sakura dari Kyoto dan menanamnya di kawasan kuil. Di Kan’ei-ji juga terdapat makam shogun (jeneral). Pada musim sakura berkembang, kawasan ini dibuka untuk lawatan dan menerima ramai pengunjung.
6. Mendaki di Mount Yoshino
Memang banyak tempat menarik untuk melihat keindahan pokok bunga sakura, tapi kalau nak tahu, tempat yang paling terkenal sekali untuk menyaksikan pokok yang menyejukkan mata ini adalah di kawasan Gunung Yoshino.
Mana taknya, di sini terdapat dalam 30,000 batang pokok bunga sakura yang menyelaputi kawasan gunung ini. Nak lihat pemandangan paling indah pokok-pokok ini, anda kenalah datang antara awal dan pertengahan bulan April.
Menarik tak tips yang admin kongsi??? Untuk makluman anda terdapat banyak lagi tempat menarik di Jepun yang patut anda lihat sendiri. Oleh itu, untuk merasai sendiri pengalaman melawati Jepun, admin syorkan anda segera membuat tempahan pakej pelancongan ke Jepun bersama Muslimtravelbug.com. bagi mendapatkan maklumat lanjung boleh hunbungi kami di pakej murah Muslimtravelbug.