Tempat-tempat yang unik ini admin perkenalkan kepada anda yang gemar “selfie” dan “post” dalam Instagram dengan background yang pelek-pelek, maka korang patut menjejak kaki ke tempat-tempat yang unik ini untuk mendapatkan posting yang menarik. Jika di Malaysia negeri Melaka merupakan negeri bersejarah, begitu juga dengan negara-negara lain seperti Peru, Thailand, India, dan lain-lain juga memiliki tempat bersejarah yang tersendiri yang korang tidak tahu. Oleh itu, admin memperkenalkan 5 destinasi yang sangat unik dan juga pernah tersenarai dalam 7 keajaiban dunia.
1. Taj mahal
Keindahan Taj Mahal memang sudah diketahui umum kerana ianya mempunyai keunikan tersendiri. Taj Mahal yang terletak gah di Agra, India dan menjadikan tempat pelancongan pertama jika wajib di kunjung oleh setiap pelancong. Taj Mahal juga telah diakui sebagai tempat salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Bangunan ini juga mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan iaitu bermula pada 1631 sehingga 1653 tahun. Bangunan ini dibina disebabkan bukti cinta antara Shah Jahan terhadap Mumtaz ul Zamani. Selain itu, Taj Mahal juga mampu menarik pelancong lebih daripada 4 juta orang setiap tahun.
Waktu Taj Mahal beroperasi:
Di buka dari jam 8 a.m - 5 p.m pada hari Sabtu hingga Khamis dan tutup pada hari Jumaat. Tiket bagi dewasa = 1,000 RS (RM56.00) dan kanak-kanak adalah percuma.
2. Machu Picchu
Machu Picchu memang jarang di dengar tapi kalau anda berkunjung ke sana memang terbeliak biji mata. Bangunan ini terletak di Selatan Peru, dimana jika anda berkunjung ke sana dengan menaiki keretapi mengambil masa selama 4 jam. Kawasan ini ditemui semula oleh Hiram Bingham pada tahun 1911, ia merupakan pusat kebudayaan penting bagi tamadun Inca ianya juga dikenali sebagai “Bandar Hilang Inca”. Machu Picchu dibina dalam gaya klasik Inca, dengan dinding batu kering yang digilap. Tiga struktur utamanya ialah Intihuatana, Kuil Matahari, dan Bilik Tiga Windows. Sebilangan besar bangunan terpencil telah di transformasi untuk dijadikan tempat pelancong.
Waktu beroperasi dan cara ke Machu Picchu:
Machu Picchu dibuka sepanjang tahun. Cara paling mudah untuk masuk dari Cusco ke Machu Picchu adalah untuk mengangkut kereta api ke Agus. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam tetapi sepanjang perjalanan ke sana anda dapat melihat keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan.
3. Piramid di Giza
Piramid merupakan bangunan pelek yang pernah dicipta oleh masyarakat Mesir Purba sekitar 5000 tahun dahulu dan memiliki keluasan yang sama panjang dengan jarak Sungai Peter (Rom), Katedral Florence (Milan) hingga ke Sungai Paul (London). Dipercayai apabila batu-batu di Piramid Giza disatukan, kesemuanya mampu membuat tembok setinggi 3 meter dengan ketebalan 0.3 meter yang boleh mengelilingi seluruh Perancis. Jika dibandingkan dengan Empire State Building di New York, piramid ini 30 kali ganda lebih besar.
Waktu beroperasi di Piramid:
Dibuka pada 7 a.m sehingga 5 p.m, beroperasi sepanjang hari. Bayaran dikenakan sebanyak RM100 untuk masuk ke dalam piramid.
4. Angkor Wat
Angkor Wat bangunan yang unik dibina di Kemboja, Thailand. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat juga merupakan bangunan kuil dan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan merupakan satu hasil binaan yang terbesar di Asia Tenggara. Asalnya bangunan ini adalah daripada Empayar Khmer beratus tahun dahulu lagi tetapi Empayar ini tidak bertahan lama lalu tempat ini dimusnahkan. Namun begitu, Angkor Wat telah dibangunkan semula dan dijadikan tempat pelancongan oleh kerajaan Thailand.
Waktu beroperasi:
Dibuka setiap hari, dan anda boleh melawat pada bila-bila masa. Kuil ini terletak 20 minit dari Siam Reap. Anda boleh manaiki jkenderaan seperti tuk-tuk atau motosikal untuk ke sana.
5. Stonehenge
Stonehenge terletak di Salisbury, London. Dibina sejak 3000 tahun dahulu lagi, da batu-batu itu berasal dari Wales. Keunikan kedudukan batu-batu ini menjadi tarikan orang ramai. Tambahan pula, kawasan sekitarnya yang sangat aman damai dengan kehijaun hutan disana. Malah, para ilmuan pernah mencuba untuk membina kawasan seperti Stonehenge dengan meletakkan batu dalam keadaan yang sama tetapi hasilnya gagal. Stonehenge dihasilkan oleh budaya tanpa bahasa tertulis, tetapi aspek itu masih banyak diperdebatkan, tetapi terdapat banyak teori yang sangat beragam yang menerangkan asal-usul monumen yang indah itu
Cara untuk mengunjungi Stonehenge:
Menaiki kereta apu dari London ke Salisbury mengambil masa selama 30 minit. Beroperasi pada 9.30 a.m sehingga 7 p.m dan dibuka setiap hari.
6. Danau Hillier Australia
Di sebuah pulau terbesar di barat Australia, terdapat satu danau berwarna merah muda cerah bernama Lake Hillier yang menarik para wisatawan maupun peneliti. Berdasarkan spekulasi terakhir, warna merah muda itu disebabkan oleh alga. Namun dalam penelitian terbaru bahawa kehadiran mikroba extremophille berkontribusi terhadap warna yang dihasilkan danau itu. Panjang danau ini sekitar 600 meter, dan dikelilingi tepian pasir dan hutan lebat penuh pohon paperbark dan eukaliptus. Areal sempit bukit pasir yang diselimuti tumbuhan memisahkannya dari Southern Ocean yang biru.
Waktu beroperasi:
Setiap hari dan pada bila-bila masa. Anda terpaksa menyewa helikopter untuk melihat dan mengelilingi keindahan pulau pink ini kerana tiada kenderaan yang disediakan.
Kesimpulannya, admin dapat ulaskan korang patut ke sana untuk merasai sendiri keunikan tempat ini. Bagaimana anda hendak ke sana? Ada ke agensi pelancongan sediakan tempat macam ini? Jadi admin cadangkan korang boleh membuat tempahan di pakej murah Muslitravelbug untuk mendapatkan tawaran menarik dengan harga yang tidak masuk akal.