fbpx

7 makanan popular Korea yang anda patut rasa

Muslimtravelbug May 15, 2018

Tujuh makanan yang admin “share” ini memang khas buat penggemar penonton drama korea. Selalunya memang anda akan meleleh air liur semasa lihat diorang makan dalam drama atau rancangan Running Man. Jadi, admin perkenalkan beberapa jenis makanan yang popular dalam kalangan orang Korea.

1. Jjukkumi Bokkuem

 

Jjukkumi Bokkuem adalah makanan laut yang dicampur dengan sayur-sayuran hijau yang pedas  lalu direbus sekali. Kebiasaannya, makanan laut yang digunakan adalah sotong kurita yang segar lalu di gunting halus-halus.

Admin ingin perkenalkan satu restoran yang popular dengan makanan Jjukkumi Bokkuem di korea iaitu restoran  (rumah nenek yang suka mengumpat), rumah ini telah beroperasi selama 41 tahun dan keenakan makanan yang dijual memang diakui oleh orang Korea. Namun, apa yang pelek mengenai restoran ini adalah tingkah laku seorang nenek (pemilik restoran) yang menjadi pelayan di situ,  dia sering menggunakan kata-kata kesan terhadap pelanggan disitu dan biasanya pelanggan menganggap ini adalah satu gurauan sahaja.

  1. Sannakji

Sannakji adalah sejenis makanan sotong kurita yang dimakan bersama mee korea tetapi dimakan  secara mentah. Jika anda ke Korea bolehlah waze ke Restoran KyongSungMyeonOK yang terkenal dengan Sannakji. Restoran ini terkenal kerana cara hidangan Sannakji yang berbeza iaitu sotong kurita yang dicampur dengan mee dan sos tidak perlu dicampur sendiri, ianya akan dilakukan oleh pelayan kedai.

  1. Jjajangmyeon (Mee Kacang Hitam)

Pada asalnya Jjajangmyeon diperkenalkan dari negara Cina tapi Korea telah menambah baik dengan membuat versi Yummier. Jjajangmyeon merupakan hidangan mi ditambah dengan sos pekat diperbuat daripada chunjang (pes kacang soya hitam masin apabila tidak dipanaskan), daging dan sayuran dipotong dadu, dan adakalanya juga makanan laut. Biasanya, setia restoran yang ada di korea akan menjual makanan ini kerana ianya merupakan makan asas bagi mereka.

  1. Kimchi Stew

Kimchi Stew adalah sejenis masakan Korea berupa jjigae, atau stew, yang diperbuat daripada kimchi dan bahan lain, seperti daun bawang, bawang, potongan tauhu, daging dan makanan laut, namum daging babi dan makanan laut tidaklah digunakan pada masa yang sama. Biasanya, Kimchi Stew sering dimasak di rumah-rumah orang Korea dengan menggunakan kimci “masak” yang lebih lama  dijerukkan, mewujudkan rasa yang lebih kuat dan kandungan bakteria “baik” yang lebih banyak seperti dalam yogurt.

  1. Budea Jjigae (Star Army Stew)

Army Stew merupakan makanan sosej rebus yang di campur dengan keju dan sayur-sayuran. Jika anda mahu mencampur daging juga boleh, ikut cita rasa yang anda inginkan. Makanan ini popular di seluruh korea kerana ianya mempunyai sejarah tersendiri. Makanan dihasilkan sejak zaman perang antara tentera Korea dengan tentera Amerika, tentera Korea kekurang bekalan makanan lalu mencipta resepi makanan sendiri maka jadilah Budea Jjihae.

 

  1. Dosirak (Nasi Goncang)

Dosirak atau Nasi Goncang sangat senang dibuat. Anda boleh cuba dirumah kalau teringin hendak tahu rasanya. Bahan yang perlu ada adalah nasi putih, kimchi dan telur kemudiannya, dicampur sekali. Namun, jika anda korea anda boleh dapatkan nasi goncang ini di Drama Café (kawasan Nami) memang rasa dia agak berbeza dengan kita buat sendiri tapi bahan yang sama digunakan.

  1. Korean Softserve

Korean Softserve adalah sejenis ais krim yang ketinggiannya 32 cm. biasanya, dijual dengan pelbagai perisa seperti coklat, vanila, green tea, yogurt, strawberi dan banyak lagi.

Sekarang anda sudah tahu beberapa jenis makanan yang popular di Korea kan, jadi boleh lah buat tempahan ke Korea dengan pakej yang disediakan oleh Muslimtravelbug. Tak kan anda tidak teringin makan makanan yang sama dengan artis kegemaran anda makan.

Kalau anda berminat dengan pakej yang disediakan boleh hubungi agen kami. Kami akan bawa anda ke restoran-restoran makanan halal yang terdapat di Korea. Jika, mahu jimat anda boleh buat tempahan secara berkumpulan, kami ada harga istimewa untuk pakej ini.

 

Leave a Comment