fbpx

7 Tarikan Utama Beijing, China Yang Anda Wajib Pergi

Muslimtravelbug March 8, 2018

Siapa pernah dengar nama Great Wall of China. Semua orang pasti ada tanamkan impian untuk panjat tangga Great Wall China sekurang-kurangnya sekali seumur hidup pun jadilah. Permandangan juga sangat cantik bila anda berjaya sampai ke puncak Great Wall China tu.

Tapi tahukah anda selain Great Wall, banyak je tempat menarik di Beijing, China yang ramai pelancong tak tahu dan terlepas pandang. Di Beijing juga ada banyak istana bersejarah, tasik cantik, tempat shopping yang tersangatlah murah, masjid unik, dan sebagainya yang menarik apabila anda tiba di bumi Beijing, China.

Jom tengok senarai tempat menarik yang anda wajib singgah bila sampai Beijing, China. Sekurang-kurangnya ada la ilham ke tempat lain di Beijing, China takdelah habis jalan Great Wall China terus balik Malaysia gitu. Hehe.

Tian An Men Square

 

Jika anda seorang yang suka pada sejarah, maka Tian’anmen Square adalah yang kedua selepas Forbidden City. Pada tahun 1989 demonstrasi yang sangat besar diadakan di sana dan kerajaan ketika itu mengambil langkah menggunakan tentera membunuh hampir beratus pemberontak China.

Jumlah kematian ketika itu dianggarkan hampir mencecah ribuan rakyat China. Tian’anmen Square menjadi simbol yang sangat kuat kepada keberanian para pemberontak melawan kerajaan ketika itu.

Di sekitar Tian’anmen Square terletaknya Great Hall of the People, Monument to the People’s Heroes dan Chairman Mao’s Mausoleum. Setiap hari pada waktu pagi akan dinaikkan bendera dan pada waktu senja akan diturunkan bendera kebangsaan China.

Tiada bayaran dikenakan untuk ke Tian’anmen Square namun anda perlu melalui sekuriti yang akan memeriksa barangan anda sebelum masuk ke sana.

Forbidden City

 

Forbidden City atau Kota Larangan dalam istilah Bahasa Malaysia merupakan lokasi paling jelas mengenai sejarah China dan Maharaja China satu masa dahulu.

Kota ini dibina pada tahun 1402 dan kota ini mempunyai keseluruhan sebanyak 9,000 bilik. Forbidden City mempunyai keluasan 250 ekar. Ia pernah dibakar kemudian dibaiki dan dibaikpulih semula dan dijadikan bangunan sejarah tarikan utama pelancong di Beijing, China.

Senibina Forbidden City adalah senibina semasa Dinasti Qing pada abad ke 18. Jika anda mahu berjalan ke seluruh kawasan, anda perlukan stamina yang tinggi dan kasut yang selesa untuk berjalan sebab perjalanan dalam ni memang jauh dan memenatkan tapi menarik.

Bagaimana mahu ke Forbidden City?

Forbidden City boleh diakses dengan bas atau subway. Tiket masuk ke dalam Forbidden City adalah sebanyak 60 yuan. Forbidden City dibuka pada pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Lebih baik datang melawat ke sini pada waktu siang untuk mengambil gambar dengan lighting yang lebih cantik.

Great Wall Of China

 

Jika ke Beijing, tidak sah sekiranya anda tidak ke Tembok Besar Beijing ini! Tembok Besar sepanjang 600 kilometer mempunyai 8 seksyen yang kukuh seperti :

  1. Badaling
  2. Juyongguan
  3. Huanghuacheng
  4. Jiankou
  5. Mutianyu
  6. Gubeikou
  7. Jinshanling
  8. Simatai

Tiap seksyen great wall mempunyai caj yang berbeza. Great Wall yang mudah untuk anda pergi adalah Badaling. Pastikan anda berkasut yang selesa, berkaca mata hitam dan air yang mencukupi. Serius kami katakan, naik tangga Great Wall sangat penat dan mudah semput tapi anda akan rasa sangat berpuas hati bila sampai ke puncak.

Summer Palace

 

Taman dan istana musim panas ini adalah tempat maharaja dan orang kuat kerajaan beristirehat. Taman ini mempunyai keluasan sebesar 290 ekar. Di sini anda boleh tengok beberapa kuil, istana dan pemandangan yang cantik (jika udara bersih).

Tiket masuk adalah sebanyar 40 yuan pada waktu biasa dan 50 yuan pada waktu peak. Tempat ini menarik jika anda datang pada musim sejuk kerana tasik di sini akan beku dan anda berpeluang untuk main ski atas tasik itu.

Temple Of Heaven

 

Temple of Heaven adalah salah satu tarikan yang sangat menarik. Ia merupakan lokasi paling suci untuk hampir 5 abad. Ia merupakan lokasi di mana pengorbanan dilaksanakan dan digunakan oleh maharaja dinasti Ming dan Qing.

Jika anda ke sana pagi dan petang, anda boleh melihat jumlah orang yang ramai sedang bersenam, sedang melakukan taichi dan sebagainya.

Tiket masuk adalah sebanyak 35 yuan. So tidaklah mahal sangat untuk ke sana.

Beijing Olympic Stadium

Pada tahun 2008 diadakan temasya sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik di Beijing. Kerajaan Beijing telah membina Olympic Village.

Di situ terdapat Bird Nest Stadium dan Water Cube yang rekaannya sangat cantik!

798 Art Zone

 

798 Art Zone merupakan zon seni yang sangat unik. Daripada patung yang pelik, gerabak kereta api lama sehinggalah grafiti dinding yang kreatif.

Ia sebenarnya merupakan kilang ketenteraan lama kemudiannya dijadikan sebagai zon kesenian. Tiada tiket masuk dikenakan.

Ok itu sahaja perkongsian kami harini.

Sekiranya tuan/puan berminat untuk ke Beijing, anda boleh klik button Whatsapp di bawah untuk pertanyaan tentang Pakej ke Beijing. 🙂

Leave a Comment