Ini adalah list 7 tempat yang anda wajib pergi bila ke Korea. Kalau tak pergi 7 tempat ni memang rugi. Serius kami cakap.
Walaubagaimana pun, tempat-tempat ini hanyalah salah satu tempat yang kami suggest. Kalau nak terangkan semua tempat best di Korea mungkin tak cukup nak explain dekat website ni. Hehe.
7 Tempat Menarik Di Korea
Antara tempat yang kami rasa menarik dan wajib untuk anda kunjungi adalah:
- Garden Of Morning Calm
- Nami Island
- Seorak Mountain (National Park)
- Everland Theme Park
- Namsan Park
- Bukchon Hanok Village
- Gyeongbokgung Palace
Garden Of Morning Calm
Tempat ni kalau anda tengok depan mata memang sangat cantik. Tempat ni macam taman di Putrajaya cuma ianya terlalu cantik. Bersih, bunga bermacam warna dan rupa, dan paling best sekali adalah keindahan tempat ini.
So ini memang antara tempat yang wajib anda lawati kalau datang ke Korea ni.
Nami Island
Anda mungkin pernah tengok cerita Winter Sonata. Itu adalah cerita Korea yang berkisahkan tentang cinta. Well cerita ni pernah famous satu ketika dahulu di Malaysia.
Dan tempat ini (Nami Island) adalah tempat scene di dalam cerita Winter Sonata tu. Siap ada patung watak Winter Sonata dekat tempat ni tau!
Tempat ni sangat cantik ikut musim-musim tertentu sebab warna daun pokok disini berubah mengikut musim. Sekejap merah, sekejap kuning, sekejap hijau, dan sekejap gugur. Hehe. Musim luruh. So die gugur la 😛
Seorak Mountain (National Park)
Seorak Mountain sebenarnya adalah salah satu gunung yang cantik di Korea. Cuma kami suggest untuk anda datang pada musim bunga atau luruh.
Pandangan pada musim sejuk hanya putih sahaja. Tiada apa yang menarik bagi kami. Jadi anda patut merancang dahulu seelok-eloknya perjalanan anda sekiranya anda teringin nak singgah ke tempat ni.
Ada juga waktu-waktu yang tak dibenarkan untuk hiking ke sini atas sebab-sebab tertentu. Jadi jangan lupa juga untuk lihat weather forecast.
Ini adalah tempat yang dibenarkan masuk di area sini:
Seorak-dong – Ulsanbawi Rock (3.80 km)
Sogongwon – Biryong Falls ~ Towangpok Observatory (2.81 km)
Osaek Mineral Spring – Yongso Falls (3.50 km)
Gamasot Entrance ~ Entrance to Korea Botanical Garden
Tempat lain telah dilarang untuk masuk sehingga tahun 2026 demi menjaga flora fauna disana.
Everland Theme Park
Taman Tema Everland ini lah tempat wajib dilawati oleh pelancong yang datang ke Korea selain dari Lotte World. Disini terdapat hampir seratus permainan menarik yang sesuai bagi seluruh lapisan umur pelancong.
Antara permainan yang menarik yang boleh anda cuba adalah Roller Coaster, Merry-Go-Round, Animal Safari, Rumah Hantu dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Tiket disini dijual berasingan mengikut permainan yang kita nak main tapi kalau anda nak main semua permainan, anda boleh menempah tiket penuh “Unlimited Ticket” iaitu 50,000 won (RM200) untuk seharian bermain di taman tema ini.
Namsan Park
Kalau di Malaysia ada Menara Kuala Lumpur, di sekitar Seoul juga ada menara tertinggi iaitu N Seoul Tower. Jarak perjalanan untuk ke sini mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seoul dengan menaiki bas persiaran.
Kelebihan bagi pelancong luar yang datang ke sini ialah pelancong boleh menggunakan bas untuk sampai atas puncak Namsan. Kawasan ni dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang sangat cantik.
Pelancong yang sweet-sweet bila datang sini biasanya mereka akan beli satu “Love Lock” yang ditulis nama mereka di mangga tu dan dikunci di atas puncak Namsan itu. Anda boleh lihat seluruh bandar Seoul dari jarak atas.
Bukchon Hanok Village
Anda nak tengok secara live macamana perkampungan Korea zaman dahulu, Bukchon Hanok Village adalah lokasi yang perlu anda lawati. Ukiran rumah yang unik dan cantik sangat cantik untuk pelancong bergambar.
Walaupun kawasan ni perkampungan lama, namun rumah di sini masih didiami oleh orang Korea. Jika ada datang disini, anda disarankan untuk tidak berbuat bising supaya tidak mengganggu privasi mereka.
Gyeongbokgung Palace
Istana bersejarah “Gyeongbokgung Palace” merupakan simbol utama sejarah negara Korea satu masa dahulu. Istana ini pernah dibom oleh tentera Jepun pada perang dunia ke-2 kini dibina semula untuk dijadikan bangunan bersejarahan.
Jika anda memakai baju Hanbok semasa datang ke sini, anda boleh masuk ke sini secara percuma tanpa perlu membayar tiket. Kebanyakkan majlis besar di Korea akan diadakan di sini.
Ok itu sahaja perkongsian kami harini.
Sekiranya tuan/puan berminat untuk ke Korea, anda boleh klik button Whatsapp di bawah untuk pertanyaan tentang Pakej ke Korea. 🙂
[vcex_button url=”https://jom.chat/mtbazlan02″ title=”Visit Site” style=”flat” align=”left” color=”green” size=”small” target=”self” rel=”none”]Klik Sini Untuk Whatsapp[/vcex_button]
Assalamualaikum, saya Puan Shima nak melancung ke a Seoul pada musim luruh end oct18-early nov18. Private tour utk dua org. Harap dapat info itinerary n cost. Terima kasih.