Tujuh tips tambang murah ini admin share khas untuk anda yang suka berjalan tapi bajet ciput. Jadi, korang boleh baca tips ini dan jadikan rujukan sebelum membuat sebarang tempahan tiket penerbangan di AirAsia.
1. Guna kad BIGPay AirAsia untuk tempahan tiket
Anda perlu top up card ini dan boleh guna di mana-mana saja seluruh dunia! Janji ada logo MasterCard. Ratenya sangat berbaloi dan apa yang paling best ialah setiap transaksi pembayaran akan dapat BIG Points AirAsia.
Cara membuat tempahan menggunakan BIGPay:
- Download apps BIGPay di Google Play / Apps store
- Apply kad BIGPay melalui apps BIGPay
- Top up RM20 untuk aktifkan kad tersebut.
- Jangan lupa masukkan referal code “BRCIIDEQOA” dan korang akan dapat RM10 secara percuma!
Kad debit BIGPay anda akan dipost dlm masa 2 minggu selepas kad diaktifkan. Dan anda boleh gunakan kad tersebut untuk beli tiket AirAsia pelbagai lagi.
2. Buat tempahan pada waktu malam sekitar 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Tempahan di malam hari lagi mudah kerana untuk mengelakkan sistem “payment hanged”. Peluang untuk dapatkan tiket tambang murah adalah sangat tinggi jika anda membuat tempahan pada waktu sedemikian.
3. Pastikan buat tempahan pada hari biasa bukan hari cuti.
Biasanya hari Selasa, Rabu dan Khamis tiket penerbangan akan murah berbanding hari lain. Ini kerana hari biasa ramai orang keluar masuk untuk membuat tempahan penerbangan.
4. “Clear cache” selepas anda browser laman Web
Jika anda tidak sempat membuat tempahan dan terpaksa masuk semula laman Web AirAsia selalunya harga yang dipamirkan lebih tinggi daripada harga sebelumnya. Jadi admin cadangkan delete “clear cache” untuk mengelakkan masalah ini.
5. Dapatkan tips dari kaki travel
Kaki travel memang mahir dalam bab-bab ini kerana sentiasa membuat pantauan mengenai hal-hal tempahan tiket. Biasanya, mereka akan membeli tiket secara bulk. Biasanya, harga tiket yang mereka peroleh akan lebih murah berbanding beli secara biasa.
6. Jangan beli tiket di kios atau di pusat membeli belah
Biasa harga kauter tiket seperti ini akan lebih mahal kerana mereka mengenakan cas bayaran pemprosesan sebagai bayaran makanan di kapal terbang. Tetapi tidak semuanya, ada juga agensi yang mengenakan harga biasa.
7. Elakkan membuat tempahan dengan menggunakan kad kredit atau debit
Tempahan menggunakan kad kreadit seperti caj American Express (AMEX) akan dikenakan bayaran debit sebanyak RM 8.48 per book termasuk GST. Manakala, jika anda membuat tempahan menggunakan perbankan internet seperti M2U dan CIMBClicks, anda akan dicaj RM4 setiap kali anda membayar menggunakan perbankan internet. Begitu juga pembelian tiket penerbangan AirAsia menggunakan kad credit MasterCard / VISA pula, anda akan dicaj RM16 per transaksi. Mahal gila, sudah penat buru tiket murah, lepastu kena caj mahal untuk processing fees.
Kesimpulannya, anda mesti menggunakan tips untuk mendapatkan harga tiket tambang murah. Selain itu, anda juga perlu sentiasa alert dengan perkembangan semasa berkaitan promosi di pages AirAsia.
Agensi Muslimtrevlbug juga boleh membantu anda menjimatkan kos percutian. Jika anda berminat boleh hubungi agen kami di Pakej Percutian Murah dengan bayaran deposit serendah RM100.