Baru-baru viral kes dua orang pelancong asing wanita menari di atas tembok pagar Masjid Banda raya Kota Kota Kinabalu (MBR). Bagi pandangan tindak dua wanita ini adalah tidak wajar tidak kiralah anda penganut agama apa sekali pun, hormati agama masing-masing adalah wajib.
Christina Liew, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada operator pelancongan di negeri ini bagi memaklumkan mengenai perkara yang perlu dipatuhi pelancong ketika melawat rumah ibadat.
Sementara itu, pihak pengurusan tertinggi MBR mengambil keputusan melarang pelancong melawat masjid itu buat sementara waktu, berkuat kuasa serta-merta. Pihaknya juga akan mencadangkan kepada semua pengurusan rumah ibadat termasuk masjid agar memasang papan tanda mengandungi tata susila yang perlu dipatuhi pelancong menggunakan bahasa yang difahami.
Mengenai dua pelancong asing wanita yang dirakam menari di atas tembok pagar masjid itu, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti kedua-dua wanita itu.
Pada pandangan admin tidak patut perkara ini berlaku malah sebagai operator pelancongan perlu lebih mengingatkan pelancong agar tidak melakukan perkara begini lagi, kerana ianya seakan-akan menyindir dan memperlekehkah agama tersebut. Jadi apa yang patut kita lakukan agar tidak terjadi hal begini?? Admin ada share apa yang patut anda lakukan semasa melancong ke rumah ibadah.
Amalan murni yang terdapat di semua tempat beribadat ialah seperti berikut:
Nilai: Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Kepentingan menjaga dan menghormati tempat beribadat pelbagai penganut agama ialah:
a) boleh mengeratkan perhubungan dan persahabatan antara penganut pelbagai agama
b) menghormati hak kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan
Syarat menjaga kesucian tempat beribadat masing-masing dengan cara:
a) mematuhi peraturan rumah-rumah beribadat
b) memasuki rumah ibadat penganut lain dengan izin
Cara-cara menunjukkan kebebasan beragama dalam kehidupan seharian ialah:
a) tidak mengganggu rakan yang sedang melaksanakan tanggungjawab keagamaannya walaupun ada urusan
b) tidak mengadakan mesyuarat/aktiviti penting semasa rakan perlu melaksanakan keagamaan mereka
Jadi sama-sama kita menjadi perkara ini sebagai iktibar agar kita tidak melakukan perkara bila berada di tempat orang. Jadi sebagai pelancong kita perlu sentiasa menjaga adab sopan kita.
Oleh itu, mungkin anda perlukan agensi pelancongan yang sentiasa memberi arahan dan peraturan yang di larang oleh negara berkenaan semasa bercuti!!! Jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan perkhidmatan tersebut. Jika tidak percaya cuba buat tempahan dengan kami. Berminat boleh terus whatsapp kami KLIK DISINI.