Sempena kempen membangunkan pelancongan Pulau Pinang, AirAsia memperkenalkan dua lagi laluan penerbangan antarabangsa secara terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu ke Hanoi, Vietnam dan Phuket, Thailand. Hal ini kerana AirAsia yakin dapat mengukuhkan lagi pusat di Pulau Pinang di samping menggalakkan kedatangan pelancong.
Jadual penerbangan yang di tetapkan adalah sebanyak empat kali seminggu dari Hanoi manakala penerbangan ke Phuket akan di buka setiap hari. Selain itu, penerbangan terus dari Hanoi dan Phuket dapat meningkatkan sektor pelancongan Pulau Pinang secara tidak langsung.
AirAsia turut membuat pembaharuan ketujuh dan kelapan AirAsia Group ke Pulau Pinang sekali gus mengukuhkan lagi hubungan ASEAN di rantau ini.
Sempena laluan penerbangan terus baharu itu, AirAsia menawarkan promosi tambang murah termasuk semua bermula RM119 dari Pulau Pinang ke Hanoi dan RM79 dari Pulau Pinang ke Phuket.
Promosi itu boleh didapati melalui laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 2 hingga 8 Julai ini untuk tempoh perjalanan antara 2 Julai 2018 dan 31 Jan 2019.
AirAsia kini mengendalikan 307 penerbangan sehala seminggu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan turut terbang ke beberapa destinasi lain seperti Jakarta, Singapura, Medan, Bandar Ho Chi Minh, Surabaya dan Bangkok.