fbpx

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berada di sungai Mekong Vietnam

Muslimtravelbug June 22, 2018

Sungai Mekong atau lebih dikenali dengan nama “Sungai Sungai Sembilan Naga” adalah sungai ke 12 terbesar dan terpanjang di dunia dan ke-10 di Asia. Keluasan sungai Mekong merangkumi negara China, Myanmar, Thailand, Loas, Kemboja dan Vietnam. Di Vietnam, sungai Mekong berada di bahagian Barat Daya. Jadi, admin ingin kongsikan apa aktiviti yang boleh anda lakukan bila berada di Mekong.

1. Menjelajahi sungai Mekong

Dari bandar Ho Chi Minh, bertolak ke Pelabuhan My Tho. Perjalanannya mengambil masa selama 2 jam. Di sana ada banyak bot yang sedang menunggu. Terus terang kata, ramai pelancong berbaris. Jadi, kalau nak senang pergilah bersama travel agent, tak perlu risau nak tempah bot macam mana? Travel agent akan urus semuanya. Khususnya Muslimtravelbug kami ada menyediakan pakej terbaik ke Vietnam kepada anda.

Masa naik bot wajib pakai jaket keselamatan yang disediakan. Semasa menyusuri sungai Mekong, masa nilah dapat menikmati pemandangan pulau-pulau kecil yang ada di sepanjang sungai. Pemandangannya sungguh mempesona. Ditambah lagi dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Jika pergi masa musim padi belum dituai. Sekirannya, anda ingin merasakan suasana kampung memang boleh ke sana.

2. Merentasi Pulau Uniqorn dan ladang lebah

Lebih kurang 15 minit sampailah ke Pulau Uniqorn, antara pulau yang besarlah di Sungai Mekong. Aktiviti di pulau ni adalah melihat Ladang Lebah. Di pulau ini, penduduknya memang memilihara lebah untuk mendapatkan madu sebagai pendapatan utama. Setibanya di pulau ini, anda diberi peluang untuk merasai teh madu yang dicampur dengan perahan limau kasturi. Kalau nak beli madu Vietnam ada dijual. Belilah banyak-banyak untuk suami tercinta.

3. Menyaksikan persembahan tradiosional Vietnam

Penat jalan-jalan, anda akan dibawa ke sebuah pondok untuk melihat persembahan muzik dan nyanyian tradisional Vietnam sambil menikmati 5 jenis buah-buahan tempatan yang segar dan manis. Buahan in jarang di lihat di Malaysia tetapi sangat popular di Vietnam.

4. Mendayung sampan sambil menerokai sungai Mekong

Lepas dengar nyanyi-nyanyi, anda akan dibawa pula jalan-jalan mengunakan sampan menyusuri sungai-sungai di Sungai Mekong. Uniknya aktiviti ini sebab pendayung sampannya adalah wanita. Pendayung lelaki pun ada juga. Setiap sampan ada 2 pendayung dan boleh memuatkan 4 orang penumpang. Sepanjang sungai ni ada banyak sampan yang sedang bersiap sedia menanti pelancong.

Aktiviti menyusuri sungai ni berakhir di tempat bot menunggu. Sebelum naik bot untuk pulang ke jeti, anda dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran halal di pulau itu. Sebab itulah pentingnya ikut travel agent, makanan terjaga, sudah semestinya dijamin halal.

5. Lihat bagaimana memproses gula-gula kelapa

Selepas itu, akan jalan-jalan lagi di kawasan pulau dan melihat bagaimana orang di sana buat gula-gula kelapa. Dari sebiji kelapa sehingga ke proses akhir menjadi gula-gula yang siap untuk dijual. Di kawasan ini juga ada banyak deretan kedai yang menjual, baju t-shirt, barang kraftangan, beg dan pelbagai lagi cenderamata untuk dibawa pulang kat orang-orang tersayang.

Jadi bagaimana menarik tak sungai Mekong??? Jika anda yang sukakan aktiviti lasak bolehlah berkunjung ke sana. Kalau anda nak shopping tuh memang tidak sesuai jadikan Vietnam sebagai destinasi pelancongan. Jadi untuk menguji stamina anda buat tempahan segera ke sana. Jika anda berminat kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej ke Vietnam. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di -> klik si sini.

Leave a Comment