Mungkin perkara ini dianggap biasa di negara kita tetapi tidak bagi negara lain. Jadi admin akan rungkaikan kepada anda apa yang tidak patut anda lakukan bila berada di negara tersebut. Antara perkara adalah seperti berikut:
1. Jangan senyum sembarangan kepada orang Russia
Bila anda berada di Russia jangan senyum sembarangan kerana bagi mereka senyuman kepada seseorang adalah kerana anda tertarik kepada seseorang, kecuali anda sudah mengenali mereka. Berbeza dengan kita, senyuman adalah sedekah dan anda digalakkan melakukannya. Tetapi jangan lakukannya di Russia kerana ini adalah tradisi mereka.
2. Jangan bagi wang tip kepada orang Jepun
Mungkin memberi wang tip kepada pekerja hotel dianggap biasa di negara anda tetapi jangan sekali-kali lakukan di Jepun kerana mereka berpendapat anda menghina mereka. Bagi mereka anda mungkin menghina atau cuba memberi rasuah kepada mereka. Jadi jangan lakukan ini bila anda berada di Jepun.
3. Jangan menulis nama dengan dakwat merah dan melambai di Korea Selatan
Sekiranya, anda berada di Korea Selatan jangan sekali-kali menulis nama anda dengan dakwat merah kerana mereka berpendapat orang tersebut sudah meninggal dunia. Jadi jangan sekali-kali lakunya di Korea Selatan.
Selain itu, anda juga tidak di benarkan melambai-lambai tangan bila berada di Korea Selatan. Jika di negara kita lambai tangan adalah bertujuan mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang atau memanggil teksi tetapi sebaliknya jika anda berada di Korea kerana mereka menggap anda memanggil anjing.
4. Sembunyikan tangan di Jerman
Jika anda bercakap dengan orang Jerman jangan sekali-kali memasukkan tangan ke dalam saku anda kerana mereka menganggap anda tidak menghargai percakapan mereka. Malah anda juga dianggap tidak sopan. Begitu juga jika anda sedang makan jangan meletakkan tangan di bawah meja, letak di atas meja kerana ini merupakan tradisi mereka.
5. Memberi bunga di China dan Russia
Bunga dianggap satu benda yang kita beri kepada orang tersayang untuk menyatakan perasaan sayang kita terhadap mereka. Namun sebaliknya jika anda berada di China kerana bagi mereka bunga adalah tanda kematian dan mendoakan mereka cepat mati. Begitu juga di Russia jika anda menghadiahkan bunga dengan jumlah genap mereka akan menyangka anda mendoakan kematian.
Setelah anda mengetahui perkara ini jadi admin melarang anda melakukan perkara ini bila berada di negara-negara tersebut. So, hati-hati dan jaga tingkah laku bila berada di negara asing.
Jadi dah tahu apa yang tidak patut anda lakukan bila berada di negara-negara tersebut, maka boleh anda bercuti ke sana. Jika anda inginkan harga istimewa untuk melancong ke luar negara boleh buat tempahan segera dengan kami Muslimtravelbug. Jika berminat boleh hubungi kami di KLIK DISINI.





