fbpx

Apa yang menyeronokkan bila anda melancong bersama keluarga??

Muslimtravelbug June 6, 2018

Anda mesti mempunyai keluarga yang satu kepala kan??? Ni admin nak cerita pengalaman admin sendiri la apa yang membuatkan percutian bersama keluarga lebih seronok berbanding orang luar. Maaf la jika berkongsian admin sedikit membosankan atau tidak betul faktanya ini sekadar pandangan admin.

1. Dapat meluangkan masa bersama keluarga

Apa yang menyeronokkan bila anda melancong bersama keluarga dapat berkongsi cerita berkaitan semua hal, dimana cerita yang orang luar tidak boleh tahu. Anda akan menghabiskan setiap malam bercerita tentang segala-galanya contohnya mengenai fesyen, teman hidup, masalah di tempat kerja or kolej, dan pelbagai lagi. Walaupun anda dan adik berada lain hidup di zaman moden tapi topik yang anda bincangkan akan lebih menarik malah walaupun bercakap benda yang sama sekali pun tetap menyeronokkan. Selain itu, anda boleh jadikan ini sebagai moment yang menarik dalam ikatan persaudaraan.

 2. Anda boleh pinjam barang sesuka hati

Ini memang sesuai buat manusia yang selalu lupa macam admin. Kalau anda yang selalu tertinggal barang boleh la bercuti dengan keluarga sebab jika nak pinjam apa-apa anda tidak berasa segan. Malah jika anda sama saiz badan boleh turut berkongsi pakaian dengan mereka. Tapi pinjam kena la pulangkan balik..hehehe tapi kalau tak pulangkan pun takpa dah nama pun keluarga.

3. Akan rasa lebih “happening”

Admin tidak tahu bagaimana kelakuan keluarga korang macam mana, tapi kalau pengalaman admin sendiri jika bercuti bersama saudara akan lebih meriah sebab diorang akan ikut semua cakap dan kelakuan pelek kita. selain itu, anda juga boleh makan banyak sesuka hati tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Anda juga akan lebih mesra bergurau bersama mereka malah boleh memanggil dengan panggilan buruk, maklumlah sudah terbiasa dan keadaan akan jadi lebih ceria tidaklah anda berasa sunyi ketika travel.

4. Keluarga anda boleh jadi photographer professional pada anda

Ini merupakan benda wajib di lakukan ketika travel. Tapi jika anda travel secara solo memang sukar untuk dapatkan foto yang menarik. Jadi admin cadangkan anda bercuti dengan family bukan apa senang nak arahkan macam mana nak ambil gambil mengikut kemahuan kita. Admin yakin anda akan berpuas hati.

5. Boleh GOSIP

Ini adalah perkara biasa buat perempuan. Tetapi apa yang bezanya anda tidak merasa ganjil untuk bergossip dengan keluarga sendiri. Malah anda boleh meluangkan lebih masa dan lebih mesra sebagai contoh gossip mengenai mak cik Bawang sebelah rumah korang ke, pasal artis ke, politik anything janji memang topik yang buat anda berjaga sampai pagi..hahaha

Betul tak apa yang admin ceritakan??? Anda akan berasa lebih seronok jika bercuti bersama keluarga sendiri berbanding orang luar. Ini sekadar pandangan admin tidak tahu pula pendapat anda semua bagaimana!!!

Jika anda berminat untuk bercuti ke luar negara bersama adik-beradik or sanak saudara boleh membuat tempahan dengan kami di Muslimtravelbug. Jika berminat boleh hubungi kami di → tawaran istimewa.

Leave a Comment