Dunia sekarang telah maju dengan kemudahan teknologi. Jadi sebagai pengguna yang berhemah anda perlu bijak menggunakan aplikasi yang telah disediakan untuk kemudahan anda ketika dalam kesulitan. Oleh itu, admin ingin kongsikan aplikasi yang sering digunakan oleh pelancong semasa mereka travel.
Antara aplikasi yang terpenting perlu ada dalam smartphone anda ialah:
1. Waze
Waze sangat penting untuk anda mengenal pasti jalan ke lokasi yang hendak dituju. Tambahan lagi, jika anda memandu sendiri atau menyewa kenderaan. Aplikasi Waze ini boleh digunakan dalam banyak Bahasa dunia termasuklah Bahasa Melayu. Apa yang lebih menarik lagi aplikasi ini boleh menunjukkan panduan jalan pintas kepada pemandu dan akan menghantar sebarang berita semasa di sepanjang jalan yang kita lalui seperti bahaya, kereta berhenti, kemalangan dan kadangkala menukar haluan jika terdapat jalan yang boleh dilalui dengan lebih cepat dan sesuai.
2. Live trekker
Aplikasi ini penting untuk mengelakkan anda sesat dan anda boleh membuat jurnal digital perjalanan supaya dapat melihat balik perjalanan pada peta interaktif. Kelebihan aplikasi ini berbanding Waze adalah app ini boleh menjejak perjalanan anda dengan menanda garis merah di sepanjang peta di laluan yang telah diambil. Anda juga boleh menambah gambar, video, audio dan teks sepanjang perjalanan dan mencipta travel log book untuk dijadikan kenangan.
3. Google translate / Duolingo
Aplikasi ini penting untuk memudahkan anda komunikasi dengan penduduk tempatan di destinasi yang dikunjungi. Anda hanya tinggal taip sahaja perkataan yang ingin disampaikan dan google translate akan menerangkan segala bentuk ayat kepada anda. Biasanya, app ini berguna ketika anda melancong ke Korea kerana rakayat Korea jarang boleh berkomunikasi dalam Bahasa English.
Manakala Duolingo pula dapat membantu anda membetulkan sebutan perkataan dalam Bahasa yang ingin digunakan. Aplikasi ini dilengkapi dengan frasa dan kosa kata yang sering digunakan semasa travel seperti “thank you”, “how much?” di samping anda juga berpeluang mendengar sebutan yang betul untuk frasa tersebut dalam pelbagai bahasa. Sambil travel, seronok juga dapat belajar banyak bahasa. Penduduk tempatan pasti bangga dan selesa berinteraksi dengan anda.
4. Grab
Aplikasi Grab membantu anda mencari kemudahan pengangkutan awam. Kegunaannya seakan anda menaiki teksi tetapi dia lebih mudah kerana hanya perlu menekan butang “BOOK” pemandu Grab yang berdekatan akan terus ke tempat anda untuk membawa anda ke destinasi yang ingin dituju.
5. Tripit
Sedikit seperti ejen, Tripit menarik maklumat perjalanan bersama dari e-mel pengesahan anda untuk penerbangan, hotel, kereta sewa, tempahan acara dan menukarnya menjadi jadual perjalanan tunggal. Hantarkan e-mel anda ke aplikasi dan ia akan melakukan yang lain. Jika anda bepergian dengan orang lain, anda boleh berkongsi pelan dengan mudah, menjadikannya aplikasi yang berguna untuk menyelaraskan perjalanan kumpulan.
6. XE Currency
XE Currency adalah aplikasi yang mudah untuk anda mengetahui maklumat mengenai pertukaran wang semasa. Aplikasi ini sangat popular kerana lebih 20 juta pengguna yang download. Ia mempunyai banyak ciri yang berorientasikan perniagaan, seperti harga untuk logam berharga dan carta mata wang yang lepas, tetapi bagi pengembara ia amat berguna untuk fakta mudah bahawa ia dapat menukar setiap mata wang dunia. Ia juga berfungsi di luar talian dengan menyimpan kadar terkini yang dikemas kini, yang bagus jika anda berada di tempat yang mempunyai sambungan terhad atau cuba menyimpan data.
Okay selepas tahu semua mengenal kegunaan aplikasi ini, korang mesti teringinkan bercuti ke luar negara. So segera dapatkan pakej percutian yang TERLAJAK MURAH di pakej murah Muslimtravelbug.