fbpx

Bajet hanya RM2,000 anda boleh bercuti selama 7 hari di Istanbul & Cappadocia

Muslimtravelbug May 30, 2018

Salam semua, hari ini admin akan kongsikan cara nak jimat untuk bercuti di lokasi yang anda idamkan. Sememangnya, impian semua orang adalah melawati tempat-tempat indah untuk dijadikan memori terindah dan akan disimpan untuk selamanya. Namun, destinasi pilihan anda tidak semestinya perlu menggunakan kos yang tinggi. Dengan management yang betul, anda mungkin boleh bajet yang rendah. Jadi admin akan kongsikan bagaimana cara tu.

1. Tiket penerbangan

Pertama sekali admin ceritakan mengenai harga tiket penerbangan. Mungkin sukar untuk mendapatkan harga tiket murah jika anda menempah tiket lambat atau dekat dengan tarikh yang anda hendak bercuti. Jadi admin cadangkan anda perlu membuat tempahan tiket awal, kalau boleh 6-8 sebelum berangkat. Atau nak lebih jimat anda membuat tempahan tiket ketika AirAsia membuat promosi. Biasanya harga promosi yang ditawarkan oleh AirAsia tersangat murah. Oleh itu, anda perlu sentiasa “update” laman web AirAsia.

2. Tempahan hotel

Setelah tibanya di Istanbul anda akan landing di airport Sabiha Gocken International Airport. Jadi anda perlu menaiki bas untuk ke kota Istanbul. Jadi anda perlu membeli tiket bas dengan harga 25 Tl (RM 22) dan turun di Taksim. Setelah sampai di Taksim, admin cadangkan anda “check in” hotel Avicenna Hotel kerana hotel ini sangat cantik dan harga sangat berpatutan. Tempahan untuk 2 orang hanya RM130 semalaman termasuk “breakfast”.

3. Tempat menarik di Istanbul

Mengenai tempat menaik pula admin “prefer” korang jalan kaki jer, sebab pemandangan Istanbul sangat la cantik, jadi korang boleh la menikmati keindahan kota Istanbul. Admin akan cadangkan tempat yang free untuk korang lawati. Antaranya ialah Blue Mosque, Topkapi Palace, Grand Bazaar, Spice Bazaar, Seaside, Gulhane Park  dan Hard Rock Café.

4. Makanan

Tadi admin ada cakap “breakfast” akan disediakan pihak hotel, jadi anda boleh jimat untuk makan pagi. Maknanya anda just perlu prefer makan tengah hari dan malam sahaja. Admin cadangkan makanan tengah har dan malam anda bawak bekal dari Malaysia maknanya bawa makanan segera seperti maggi ke or apa-apa je la janji kenyang. Kalau korang malas nak nak bawa beli aje nasi tomato atau kebab harga dia dalam RM15 sepinggan so kalau nak jimat pandai-pandai korang la share makanan.

5. Berangkat ke Cappadocia.

Lepas puas menikmati kota Istanbul, admin cadangkan korang menerokai Cappadocia pula. Jika hendak ke Cappadocia anda perlu mengambil bas dari Sultanahmet ke station Kabatas (guna istanbulkart), di kabatas, tukar untuk naik furnicular dan berhenti di Taksim (guna istanbulkart), tunggu bas Havabus 25TL(RM22)  dan tiba di Sabiha Gocken airport. Flight ke Kayseri. (Book online siap-siap di website pegasus. Harga RM 157 seorang termasuk meals.

6. Menginapan hotel di Cappadocia.

Jika inginkan feeling tidur dalam gua, boleh singgah di Dorm Cave by Travellers. Hanya RM252 untuk dua malam termasuk breakfast. Apa yang istimewa mengenai hotel ini adalah mereka ada menawarkan harga diskaun untuk menaiki hot air balloon.

Segala list atau jenama hot air balloon turut disediakan. Harga hot air balloon yang paling murah adalah €70. Antara jenama dan harga hot air balloon ialah Universal Balloons €80, Anatolia Balloons €80 dan Discovery Balloons €90.

7. Terokai Cappadocia

Admin cadangakan anda join tour untuk explore Cappadocia, harga 90 TL (RM80) untuk seorang dan dapat pergi ke Goreme Open Air Museum, Cavusin Old Vilage, Pasabag Chimney, Avanos Pottry Village, Devrent Valley, Urugup dan Uchisar Castle. Price include entrance fee, transportation, lunch and guide. Habis tour dalam pukul 3.30 pm dan anda boleh terus join another tour pada pukul 4.30 pm dari hotel untuk tengok sunset, dan ini free je.

Dalam kiraan admin harga keseluruhan termasuk termasuk tiket penerbangan dari Istanbul, hotel, tiket masuk, tour, makan serta tiket menaiki Hot Air Balloon hanyalah RM 1,900 lebih. Jadi apa tunggu lagi boleh buat tempahan tiket segera untuk menerokai Istanbul dan Cappadocia.

Namun, jika anda hendak bercuti dalam kumpulan anda boleh membuat tempahan dengan kami Muslimtravelbug. Jika berminat boleh hubungi agensi kami di Pakej murah ke Turki.

 

6 thoughts on “Bajet hanya RM2,000 anda boleh bercuti selama 7 hari di Istanbul & Cappadocia”

  1. Does Airasia fly to Turkey? RM60-80 for hot air balloon ride in Cappadocia, really? I thought the charges was in US$ ot Euro.

    Reply
    • sorry it was a mistake. It is suppose to be 60-80 euro. depends on what kind of hot air balloon company.

      But the normal price is around 100 usd for most company.

      Reply
  2. Saya bercadang untuk bercuti family 6 orang . Tolong cadang kan cost yg paling manima untuk kami ke Istanbul .Turki

    Reply
  3. Saya berminat Nak tahu berapa Kos diperlukan untuk melancong ke Istanbul ? Dan bagaimana dengan pergerakan Di Sana jika ini pertama Kali melancong keluar negara. ( Tourist guide)

    Reply

Leave a Comment