fbpx

Bajet kurang dari RM1,000 anda boleh ke Australia

Muslimtravelbug May 28, 2018

Admin ingin kongsikan beberapa tips untuk anda yang teringin sangat ke Australia tapi tak ada bajet. Tips ini amat pergunaan untuk menambahkan pengetahuan anda. Selain itu, bagi yang kaki pelancong juga boleh mengunakan tips ini.

1. Penginapan percuma

Anda perlu download aplikasi couchsurfing dalam smartphone dan register terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Cara menggunakannya adalah masukkan tempat yang anda ingin kunjungi dan request awal kepada host yang sudi menolong anda semasa di sana. Prinsip aplikasi ini adalah “travel like a local” dan “ give and take”. Ianya bermaksud bila anda berada di sana mereka akan menjadi host anda.

2. Pengangkutan

Selepas anda mendarat di Airport Perth, pastikan anda mencari bas untuk ke Central Business District (CBD) . Harga tiket yang berpatutan membolehkan anda menerokai ke seluruh bandar Perth. Harga tiket unlimited ride dengan harga AUS$12.60 dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam. Tiket ini juga boleh digunakan untuk menaiki ferry dan train (MRT).

3. Makanan

Makanan di Australia agak mahal berbanding di tempat lain. Jadi untuk mengelakkan kegunaan bajet yang berlebihan anda boleh mengamalkan pemakanan yang sihat sebagai contoh anda membeli susu segar (harga RM5-6), sayur sayuran(RM9-15) dan Cereals (RM9-15). Kiranya bajet keseluruhan perbelanjaan dalam sehari hanya RM20- 25. Jika nak jimat lagi anda boleh membawa bekal sendiri dari Malaysia contohnya makanan segera.

 

 

 

 

4. Internet

Tidak perlu membeli internet kerana setiap tempat ada Wifi free anda hanya perlu membeli number telefon baru.

 

5. Visa

Bagi visa di Australia bayaran hanyalah RM30 sahaja dalam tempoh 24 jam. Untuk express visa anda boleh dapatkan dalam masa 2 jam dengan harga rm120.

 6. Tempat menarik patut anda jejaki

Elizabeth Quay, Gallery of Architrcture, Melros Bearch, Mandurah, Treasury Shine, Neil Hawkin Park, Blue House dan banyak lagi.

Jika anda membuat kiranya keseluruhannya jumlah perbelanjaan tidak sampai pun RM 1,000. Namun, anda perlu tahu tips ini tidak termasuk dengan harga tiket penerbangan, jika anda inginkan harga tambang tiket murah boleh membuat tempahan lebih awal sebelum ke Australia. Sekiranya anda ingin melanggan agensi pelancongan kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej istimewa ke sana. Dengan harga yang berpatutan dan  kami janjikan keselesaan kepada anda. Jika berminat boleh klik di sini.

Kredit: https://m.facebook.com/groups/256093734452911?view=permalink&id=1799328733462729

Leave a Comment