fbpx

Bercuti ke Pulau Santorini dengan kos yang rendah

Muslimtravelbug June 28, 2018

Keindahan pemandangan yang  mempesona dapat anda saksikan bila berada di Pulau Santorini. Malah pulau ini sering dijadikan lokasi pelancongan bagi pasangan yang ingin berbulan madu. Namun, pasti ramai yang menyangka palau ini merupakan destinasi percutian yang mewah dan memerlukan kos yang tinggi. Jadi admin akan kongsikan tips perjalanan kepada anda, tips ini telah di kongsikan oleh beberapa blog pengunjung terdahulu.

Peringatan:

* November hingga Mac adalah ‘low season’ di Santorini Island, Greece

* Tiket kapal terbang dibeli tiga hingga lima bulan sebelum perjalanan

* Jadual bas awam ada disediakan di pusat informasi pelancong dan stesen bas

* Tukaran matawang STG1 > RM5

* Dari Malaysia boleh ambil penerbangan transit ke Istanbul dan ambil penerbangan ke Athens atau boleh naik penerbangan terus ke Athens, Greece dari Singapura

Harga tiket perjalanan:

* Tiket kapal terbang tanpa beg daftar masuk:

Santorini 

-Dari Athens ke Santorini (flight Ryanair) =  RM87/seorang

Athens

– Santorini ke Athens (flight Volotea) =  RM98/seorang

Oia

* Perkhidmatan bas ulang-alik dari Lapangan Terbang Santorini ke Oia = STG7.5/seorang/ RM37.50

Santorini Resort VIP Suite

* Santorini Resort VIP Suite (bilik tiga orang) = RM450/satu malam bahagi tiga orang = RM150/seorang

Fira

* Bas Oia ke Fira = STG1.80/ RM9/seorang

Akrotiri (Pantai Pasir Merah)

* Bas Fira ke Akrotiri (Pantai Pasir Merah) dan balik ke Fira = STG2x2 = STG4/seorang / RM20

Hotel Golden Star

* Hotel Golden Star (bilik tiga orang)=  STG14/seorang/ RM70

* Bas dari bandar Fira ke Lapangan Terbang Santorini = STG1.80 / RM9

* Makan di luar = RM150 anggaran kasar

* Jumlah perbelanjaan kasar untuk percutian tiga hari dua malam di Pulau Santorini dari Athens, Greece (RM630.50).

Hari ini admin kongsikan harga tiket perjalanan sahaja kepada dan harap anda dapat mengikuti jadual perjalanan ini. Bagi admin perancangan awal sangat penting dan pastikan bajet anda mencukupi.

Jadi bagi yang bajet kurang tuh boleh la membuat tempahan dengan kami Muslimtravelbug, kerana bajet kami amat berbaloi-baloi. Jika berminat boleg hubungi kami di KLIK DISINI.

 

 

Leave a Comment