Siapa tidak tahu dengan sikap orang Jepun yang sangat berdisiplin, walhal kita tahu mereka bukan beragama Islam. Namun, agama bukan lah melambang sikap integriti seseorang. Etika dan kualiti sikap warga Jepun yang terpuji itu seolah-olah mereka merupakan golongan umat Islam silam yang pernah suatu ketika dulu mendahului bangsa-bangsa lain di dunia dalam pelbagai ilmu dunia dan akhirat. Jadi, admin nak kongsikan apa yang menyebabkan orang Jepun di pandang tinggi mata dunia.
SIKAP MENEPATI MASA
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Bukan saja si orang Jepun yang menepati masa, malah setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat sikap nihonjin mereka ini terhadap masa. Berbanding kita memang terkenal dengan janji Melayu, hehehe… sebagai contoh janji datang pukul 11 pukul 1 baru dapat tengok muka. Oleh tiu, jika anda tinggal di Jepun lewat walaupun seminit, anda boleh ucapkan sayonara (selamat tinggal) kerana kereta api tu pun dah merentasi jauh. Shinkazen (bullet train) atau kereta api peluru di Jepun seperti Maglev yang berkelajuan 580 km/j sudah tentu akan meninggalkan anda terlalu jauh!!. Itulah sebab mereka sangat menepati masa.
JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Jika anda terlupa mengunci rumah anda atau tertinggal barang berharga dalam kereta, JANGAN risau !! kerana peratus kehilangan barang sangatlah rendah. Jika kita tertinggal dompet dimana-mana, pergi sahaja ke balai polis berdekatan. Insya-Allah barang anda akan didapati semula di balai polis. Bahkan di setengah-setengah tempat di Jepun, ada pasar-pasar terbuka yang dikendalikan oleh petani-petani Jepun yang hanya membiarkan barangan jualan mereka berada di situ tanpa pemantaun pemilik. Pembeli hanya perlu memilih produk yang dikehendaki dan memasukkan sejumlah wang bayaran ke dalam “bekas duit” yang disediakan. Alangkah amannya sekiranya situasi sebegini berlaku di Malaysia.
SIKAP MENJAGA KEBERSIHAN
Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah, stesen keretapi (eki) atau di lapangan terbang, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Kawasan dalam tandas yang bersih dan kering bersinar, seolah-olah boleh tidur di dalamnya. Air paipnya terlalu jernih dan boleh terus diminum tanpa perlu dimasak. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita mempunyai minda dan sikap untuk sentiasa menjaga kebersihan.
MEMILIKI BUDAYA KERJA YANG TINGGI
Tidak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Masyarakat Jepun mengamalkan budaya kerja “Samurai Bushido” di mana prinsip-prinsipnya berjaya dihayati sepenuhnya. Antara pegangan yang mengikut prinsip-prinsip tersebut ialah pekerjaan itu satu penghormatan dan amanah, berjuang untuk negara dan ketua/majikan dengan ikhlas dan bersungguh, jadi dan buatkan yang terbaik, mati itu lebih baik daripada mengkhianat atau menghampakan majikan/ketua.
Faktor inilah yang membezakan kualiti kerja dan hasilnya seperti Toyota dengan Proton, walhal kedua-keduanya mempunyai peralatan dan teknologi yang hampir sama. Maka tak hairanlah dimana-mana saja, banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka, produk mereka diiktiraf dunia!
CARA YANG SISTEMATIK
Semua aktiviti di Jepun dilakukan berpandukan kepada satu sistem yang bersepadu dan sistematik. Anda tidak akan dapat melihat situasi di mana “hari ini satu pihak gali lubang, dan turap” dan pada keesokannya ada satu pihak yang datang pula dan melakukan perkara yang sama. Alangkah “bodoh dan merugikan!”.
Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula di Jepun amat sistematik. Sistem dan jadual perjalanan bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Di Malaysia ada juga sistem seperti ini tetapi mungkin disebabkan kurangnya sikap tanggungjawab disertakan pula dengan satu sistem yang “tidak bersistem” menyebabkan sistem tersebut gagal dilaksanakan.
MENGHORMATI ORANG LAIN
Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan. Sopan terhadap orang tua, orang yang lebih tua atau senpai(senior). Begitu juga sikat sopan mereka terhadap pelancong asing. Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap “irasshaimase” atau “Selamat Datang”, hatta jika ada pekerja yang sedang bekerja mengemop lantai sekali pun akan memberi ucapan selamat sambil tunduk menghormati pelanggan. Dan bila keluar pula akan diucap “arigato gozaimasu” atau terima kasih. Satu pemandangan luar biasa bagi sesiapa yang kali pertama mengujungi Jepun.
Akhlak yang ditunjuk oleh orang Jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam. Bayangkanlah, kalaulah negara sehebat Jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia, mengulangi kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Bagaimana pula pandangan anda??? Hebat bukan masyarakat Jepun?? Jadi untuk melihat sendiri apa yang admin katakan apa kata anda pergi melancong ke Jepun. Tidak ada pakej untuk ke sana??? Jangan risau kami Muslimtravel ada menyediakan pekej ke Jepun. Jika berminat boleh hubungi kami di klik di sini -> Muslimtravelbug.
Kredit : http://panduanpercuma.info/artikel-pilihan/2964/sikap-orang-jepun-yang-patut-dicontohi/